Tuesday, 4 October 2011

BELIA PERLU JANA KERANGKA TRANSFORMATIF



PENCAPAIAN….Pengerusi PERBEKK Mohd.Said Awang Damit ketika menerima Anugerah Ikon Belia dari Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman semasa Karnival Belia Beaufort, baru-baru ini.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

BAGI Penerima Anugerah Ikon Belia yang dianugerahkan oleh Kementerian Belia dan Sukan, sempena Karnvial Belia Beaufort, Mohd.Said Awang Damit, 38, menganggap anugerah yang disampaikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman itu sebagai satu amanah yang terlalu barat untuk dipikul.

Mohd.Said yang juga Pengerusi Persatuan Belia Kampung Kuridak (PERBEKK) yang sebelum ini pernah menerima Anugerah Belia Negeri Sabah (Kepimpinan) tahun 2010 meletakkan anugerah yang baru diterimanya ini sebagai amanah dan menjadikan diri beliau sebagai contoh teladan kepada golongan belia secara keseluruhannya.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Unversiiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Mohd.Said, seorang pendidik yang kini memimpin (PERBEKK) sejak tahun 2007 menjadikan persatuan tersebut sebagai institusi bagi mendidik dan melatih golongan belia; bukan sahaja dalam aspek kepimpinan, malah mencakupo soal kebajikan, sosial, sukan, pendidikan dan agama.

Dengan meletakkan anugerah yang diterima sebagai pendorong Mohd.Said yang juga aktif dalam bidang politik berharap akan memberikan kekuatan serta motivasi untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk kepentingan belia di negeri ini, khususnya di kawasan Beaufort.

Katanya, kepentingan membangun dan memperkasa peranan belia dalam proses transformasi negara perlu dilakukan kerana transformasi adalah kemestian dalam usaha menuju negara yang maju dan dinamik mengikut kerangka glokal yang transformatif.

“Jika masyarakat muda pada hari ini dibina secara berkualiti, maka corak kepimpinan dan kepengikutan negara juga berkualiti. Ia bergantung kepada corak pendidikan di rumah, sekolah dan pengukuhan dalam masyarakat,” katanya.

Menurut Mohd.Said yang juga Ahli majlis Tertinggi Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) memikul amanah sebagai pemimpin dalam mana-mana organisasi bukanlah satu kebanggaan, namun amanah besar dan perlu dilaksanakan untuk kepentingan masyarakat setempat, khususnya golongan belia yang perlu dibimbing.

“Bergelar sebagai pemimpin serta ketua bukanlah satu kebanggaan dan tidak akan memberikan apa-apa makna sekiranya kita gagal melaksanakan sesuatu yang memberikan manfaat kepada masyarakat umum,” jelasnya.

Tambahnya sebagai pemimpin belia, kesedaran perlu ditanamkan bahawa golongan belia merupakan pemimpin pelapis pada masa akan datang yang perlu digilap potensinya, bukan sahaja dari aspek kepimpinan, malah turut melibatkan soal pendidikan, kemahiran, agama serta jatidiiri dan akhlak yang mulia.

Dalam pada itu, Mohd.Said turut meminta generasi muda agar belajar menghargai jasa dan sumbangan kerajaan kerana jika mereka menentang kerajaan tanpa alasan kukuh; maka mereka tergolong dalam kumpulan yang rugi dan tidak mengenang jasa.

No comments:

Post a Comment