Sunday 16 October 2011

BOLA-BOLA SEPANGGAR DAFTAR 1,500 PEMILIH BARU



SAMPAIKAN…..Jumat menyampaikan cenderahati kepada penonton bertuah dalam menyaksikan perlawanan antara Liverpool menentang Manchester United di Restoran Satu Malaysia, di Inanam Taipan, kelmarin.

PROGRAM Bola-Bola Sepanggar berjaya mendaftarkan seramai lebih 1,500 Pemilih Baharu sejak diperkenalkan di seluruh Parlimen Sepanggar sejak setahun lalu.

Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Datuk Jumat Haji Idris berkata, program ini merupakan satu pendekatan terbaharu Umno Bahagian Sepanggar dalam menyasarkan ‘Belia Lepak’ di premis restoran atau di beberapa kampung dikenal pasti belum menjadi pemilih baru, serta ahli Umno.

Katanya, sambil menyaksikan perlawanan secara langsung menggunakan skrin gergasi bagi bola sepak Liga Malaysia, Liga Perdana English (EPL) serta perlawanan bola sepak piala dunia baru-baru ini.

"Ini merupakan strategi Umno Bahagian Sepanggar dalam mendekati golongan muda sekali gus terbukti berkesan dalam setiap penyertaan mereka di beberapa lokasi diadakan di seluruh parlimen Sepanggar.

Di samping itu, kita sediakan sedikit hadiah dengan menjalinkan kerjasama dengan pemilik restoren serta Celcom Malaysia kepada mereka yang berjaya meneka pemain nama pasukan lawan.

"Sejak diperkenalkan setahun lalu dengan menjelajah ke seluruh kawasan kampung serta restoran sekitar parlimen Sepanggar, kita mendapati remaja, belia serta penduduk lebih berminat dengan program santai begini sekali gus membolehkan mereka lebih dekat dalam menyalurkan masalah yang dihadapi mereka" Katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cenderhati kepada penonton bertuah dalam menyaksikan perlawanan antara Liverpool menentang Manchester United di Restoren Satu Malaysia, di Inanam Taipan di sini kelmarin.

DAFTAR.......BOB (dua dari kiri) memerhati pemilih baharu selepas menyaksikan perlawanan antara Liverpool menentang Manchester United di Restoren Satu Malaysia, di Inanam Taipan di sini kelmarin.

Hadir sama dalam program itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Yakub Khan; Setiausaha Umno Bahagian Sepanggar merangkap Pengerusi Penganjur Program Bola-Bola Sepanggar, Mohd Razali Mohd Razi @ Bob dan Setiausaha Kerja Umno Umno Bahagian Sepanggar, Arshad Haji Mantamin.

Jumat yang juga Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Sepanggar berkata, program ini akan diteruskan dalam siri perlawanan bola sepak Eropah dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat.

“Kita melahirkan terima kasih kepada krew yang terlibat terutama dalam pergerakan pemuda umno Sepanggar dengan kita menyajikan mutu ulusan DJ Bola-Bola Sepanggar Hamid Tauraji seolah-olah berada dalam stadium itu sendiri.

“Dengan usaha seumpama ini, belia serta remaja akan dapat menyertai program sihat disamping mengelak mereka terjebak dala gejala yang kurang sihat seperti penagihan dadah,” katanya.

Sementara itu ketika mengulas mengenai persiapan Umno Bahagian Sepanggar Pilihan Raya Umum ke-13 beliau berkata, Umno Bahagian Sepanggar sudah bersiap sedia sejak setahun lalu dalam memastikan kerusi Parlimen sepanggar dikembalikan kepada Barisan Nasional (BN) .

No comments:

Post a Comment