Saturday, 1 October 2011

LDP KUDAT BERJAYA DERMA 88 PAIN DARAH



SIJIL….. Mejar (K) Peter Chin memberikan Sijil dan Hadiah kepada salah seorang penderma disertai oleh Pegawai Bomba Kudat Jamaluddin, Chiang Bhat Sing (Ketua Pemuda), Wong Sect Ngo (Ketua Wanita), Lim Tet Fah (Pengerusi Penganjur) dan Lee Su Ket (Penolong Bendahari Pemuda).

Oleh : POONG FOO ON

PROGRAM Derma Darah Anjuran Pergerakan Pemuda Parti Liberal Demokratik (LDP) N.2 Tanjong Kapor, Kudat, Sabah yang diadakan di Pentas Tomborungus, Kudat, pada 21 September 2011 mendapat sambutan yang menggalakan di kalangan penduduk setempat merupakan acara tetap bagi Pemuda LDP pada Ogos atau September setiap tahun.

Program ini telah dirasmikan oleh Naib Pengerusi LDP Sabah, Mejar (K) Peter Chin, merangkap Pemimpin Kemajuan Rakyat N.2 Tanjong Kapor, mewakili ADUN Tanjong Kapor, Datuk Teo Chee Kang.

Seramai lebih 120 orang perseorangan, Anggota Bomba, Anggota Rela dan NGO turut serta menderma darah bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari telah berjaya mengumpul 88 pain darah.

Pengerusi Penganjur Pemuda LDP Tg. Kapor, Lim Tet Fah, menjelaskan program ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu untuk mendapatkan darah daripada orang ramai khusus bagi keperluan semasa Hospital Daerah tersebut.

Katanya, Hospital Kudat sering mengalami kekurangan darah dan sebagai alternatif LDP melalui Pergerakan Pemuda terus membantu Hospital mendapatkan darah seberapa banyak yang boleh untuk kegunaan Hospital tersebut.

Tegas Lim, penglibatan masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai golongan amat menggalakkan dan di luar jangkaan.

“Saya bagi pihak LDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai kerana sudi menderma darah mereka dan juga terima kasih kepada Pegawai dan anggota-anggota , Bomba, Rela dan Kakitangan Hospital Kudat kerana membantu dan bekerja keras bagi menjayakan program ini,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment