Sunday, 2 October 2011

NASIB MALANG PEKERJA YS BERTERUSAN


Saudara,

PEKERJA gaji hari Yayasan Sabah majoritinya dari kalangan bumiputra Negeri Sabah yang tidak diambil berat oleh Majikan, terutama dari segi gaji, hak kemanusiaan dan infastruktur, saling tak tumpah seperti zaman Kunta-Kinte dalam versi baru.

Rakyat boleh menilai keadaan ini terutama di Pusat Perhutanan Luasong yang serba daif kerana rumah pekerja tidak disediakan dengan baik dan tidak setaraf dengan rumah pekerja warga asing seperti yang dibangunkan di Sabah Softwood.

Rakyat sabah hanya mengetahui Yayasan Sabah menyediakan biasiswa dan kemudahan persekolahan, tetapi pekerja di Yayasan Sabah menderita terutama yang berkerja di sektor perhutanan. Bonus hanya dibayar RM500, sedangkan anak Syarikat Yayasan Sabah iaitu dibayar 3 hingga 4 bulan gaji.

Pekerja Gaji Hari hanya mampu mendengar dan tidak berani bersuara kerana bimbang kontrak bulanan tidak di sambung.

Yayasan Sabah, jika dibandingkan dengan Felda yang bertapak di Sabah ini, sangat jauh berbeza dari segi gaji dan taraf hidup pekerja. Di Felda, gaji hari telah di serapkan ke gaji bulan tetapi di Yayasan Sabah, pekerja gaji hari tetap kekal tanpa kenaikan gaji setiap tahun.

Diharap ada pihak seperti Ketua Menteri Sabah dan Kementerian Sumber Manusia menilai sendiri kebajikan pekerja di Yayasan Sabah terutama Sektor Pembalakan yang jauh terketinggal daripada semua segi termasuk hak asasi dan kemudahan asas

Salam Hormat,

PEKERJA TINGGAL TULANG

No comments:

Post a Comment