Monday, 3 October 2011

PEMUDA BN BANTU PESAKIT THALASSEMIA



Oleh: MEDIA LDP TENOM

MERASAKAN darah adalah ‘penyambung nyawa’ dan kekurangan darah menyebabkan ramai pesakit tidak dapat dirawat segera, maka LDP Tenom menyertai program menderma darah bersama Pergerakan Pemuda BN, khusus untuk membantu para pesakit Thalassemia di Tenom.

Aktiviti tersebut diadakan kelmarin di Hospital Tenom turut disertai Ketua LDP Tenom yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi LDP, Kapitan Ng Tet Hau bersama-sama dengan Exco Pergerakan Pemuda Umno Pusat; yang juga Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Jamawi Jaafar.

Kehadiran mereka sudah pasti ianya menggembirakan para pesakit Thalassemia yang jumlahnya hampir seratus orang terpaksa bergantung kepada sumbangan darah daripada masyarakat prihatin, sebagai menyambung talian hayat mereka agar dapat menikmati erti kehidupan sebenar bersama insan tersayang seperti biasa.

Penderitaan mereka diratapi oleh kedua-dua pemimpin yang prihatin seperti Jamawi Jaafar dan Kapitan Ng Tet Hau kerana ia bukan atas kehendak mereka, tetapi ia disebabkan sesuatu ketentuan Tuhan namun mereka (penghidap Thalassemia) bersyukur dan reda kepada mereka selama ini.

Dalam pada itu, pihak pengurusan hospital perlu juga disanjung tinggi di atas bebanan mereka menjaga dan mengawasi pesakit tersebut daripada terus terbiar; namun perasaan jemu kerana rasa terbeban di kalangan kakitangan hospital itu tidak pernah lahir di hati mereka sebelum ini.

Malahan Kapitan Ng Tet Hau dan Jamawi pernah menitis air mata bila mendengar keluhan pesakit itu yang mendakwa mereka terkilan dengan sikap sombong segelintir manusia yang tidak prihatin kononnya mereka mahu menderma darah untuk membantu mereka, tetapi sebagai pulangannya mereka mahukan wang yang banyak sebagai timbal balas.

No comments:

Post a Comment