Tuesday, 4 October 2011

PERUMAHAN PGA KARAMUNTING SERING BERGELAP


Saudara Pengarang,

WALAUPUN Pakatan Rakyat dan NGO telah menghantar memorandum bantahan kepada SESB agar menangguhkan dahulu kenaikan tarif elektrik, namun tuntutan berkenaan tidak langsung diendahkan SESB dan Kerajaan BN yang melindungi kepentingan mereka dalam SESB.

Ironinya, SESB masih gagal memastikan tiada gangguan bekalan kerana setiap selang dua hari, kawasan Perumahan PGA Karamunting terpaksa bergelap kerana dicatu.

Sikap acuh tak acuh SESB amat mendukacitakan kerana Pusat Aduan SESB melalui talian 088-515000 hanya memberikan jawapan saling tak tumpah seperti dialog Filem P Ramlee, ‘Alif Mim Nun Wau’ ialah UMNO.

Menurut operator SESB, talian elektrik di kawasan perumahan tersebut sedang dibaik- pulih, sedangkan hakikatnya bekalan elektrik di kawasan tersebut sering kali terputus sejak beberapa bulan lalu.

Persoalannya, kenapa dibaiki pada malam hari sedangkan di siang bolong mereka hanya duduk bercerita membuang masa di kantin SESB?

Sehubungan itu, saya mengesyorka agar gaji Pengarah Urusan SESB dipotong RM10 sebagai denda kecuaian beliau menjaga kebajikan pengguna dan gemar melakukan catuan, sedangkan Tarif Elektrik terus dinaikkan tanpa persetujuan pengguna.

Salam Hormat,

PGA MALANG

No comments:

Post a Comment