Tuesday, 4 October 2011

SABAHKINI.NET DIGODAM ‘OFFERHEAVEN’



Oleh : MUTALIB M.D

KEGAGALAN pembaca Sabahkini.net melayari laman web popular rakyat Sabah ini sejak 5.22 petang tadi telah dikesan oleh pengendali server di Amerika Syarikat akibat digodam oleh penggodam antarabangsa yang melencongkan alamat Sabahkini.net kepada http://offerheaven.com.

Bagaimanapun jurutera Sabahkini.net telah berjaya mengatasi masalah tersebut dan Sabahkini.net boleh dilayari semula pada jam 8.38 malam.

Dalam keadaan sekarang, Sabahkini.net mungkin terpaksa menentang penggodam secara bersendirian kerana tidak mempunyai cukup dana untuk menaiktaraf software dan hardware, kerana setakat ini hanya menerima derma RM110 sahaja.

Bagi pihak Sabahkini.net, editorial memohon maaf jika cubaan penggodam antarabangsa berulang disebabkan masalah dalam software yang digunakan dan memerlukan masa yang agak lama untuk menukar software baru yang anti penggodam antarabangsa.

No comments:

Post a Comment