Saudara Pengarang,
DARI sudut hati saya yang paling dalam yang masih dirantai kesedihan akibat kematian puteri kesayangan saya, Kartini Binti Borhan, maka saya dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Sabahkini.net yang menyalurkan rintihan keluarga saya; kerana telah berjaya membongkar kes pembunuhan kejam berkenaan, yang ciba ditutup sebelum ini.
Walaupun hari ini, dalam semua akhbar tempatan melaporkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan tidak ada sesiapa yang mengatasi undang-undang, termasuk Inspektor Ahmad Rizal yang kini ditahan remah maksima 14 hari, namun sebagai ibu, tidak ada siapa yang dapat mengganti kehilangan puteri kesayangan kami sekeluarga.
Jaminan yang diberikan PDRM umpama mengharapkan kerlipan bintang di kala hujan lebat, namun apakan daya kerana masih ramai pegawai polis di luar sana yang mengejek dan menista arwah Kartini, masih berusaha mempertahankan Ahmad Rizal dan suku sakatnya yang terlibat sama membunuh dan menghapuskan bukti.
PUSARA....Semoga dendam Kartini di Pusara akan terbalas di dunia.
Sebagai pengundi berketurunan Murut, saya kesal kerana PDRM melengahkan penyiasatan dengan memberi pelbagai alasan, termasuk enggan menerima laporan polis yang dibuat suami saya, Borhan, sehingga isu ini dibangkitkan Sabahkini.net.
Sehubungan itu, sebagai ibu yang melahirkan Kartini, saya bermunajat kepada Illahi agar menjatuhi laknat kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung, bersubahat atau cuba menyembunyi pembunuhan kejam ini dan berharap agar saksi akan tampil ke hadapan bagi mengheret pembunuh ke tali gantung; hutang nyawa dibayar nyawa!
Salam Hormat,
MARGRATE@ SURIATY BINTI ORIPON
No comments:
Post a Comment