Sunday, 2 October 2011

RAKYAT WAJAR SOKONG PEMANSUHAN ISA



WAWANCARA.....Wartawan Kanan Sabahkini.Net sedang menemubual Datuk VK Liew mengenai pemansuhan Akta ISA.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong berkata pengumuman pemansuhan Akta ISA oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak pada 16 September 2011 sempena pembentukan Hari Malaysia merupakan langkah yang bijak dan ini juga merupakan satu sejarah kepada semua lapisan masyarakat.

Katanya, atas prinsip akta ISA ini digunakan adalah untuk menahan seseorang yang disyaki melakukan jenayah keganasan atau aktiviti-aktiviti ektrimis yang boleh mengancam kedaulatan dan keselamatan negara dan suspek boleh ditahan selama 60 hari tanpa bicara.

“Jika perlu selepas itu pihak Polis boleh meminta kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri (KDN) bagi melanjutkan penahanan sehingga 2 tahun selepas 2 tahun penahanan pihak KDN boleh melanjutkan penahanan suspek atas nasihat polis,” jelasnya.

Liew berkata, akta ini memang menimbulkan keraguan dan rasa tidak puas hati rakyat kerana seseorang yang dituduh tidak boleh dibicarakan di mana-mana mahkamah.

“Seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri, penahanan seseorang yang disyaki masih boleh ditahan tetapi masa penahanan suspek disingkatkan dari 60 hari kepada satu tempoh yang akan diputuskan di sidang parlimen kelak,” jelas Liew lagi dalam satu wawancara eksklusif dengan Ketua Biro Sabahkini.Net Wilayah Sandakan kelmarin .

Selaku Pengerusi Jawatankuasa pembaharuan undang-undang Malaysia, V.K.Liew berpendapat Menteri Dalam Negeri lebih sesuai membuat pengumuman mengenai akta baru kerana mereka mempunyai pengetahuan berhubung akta-akta tersebut.

V.K.Liew menambah, walaupun ISA sudah dimansuhkan dan tidak boleh diguna pakai tetapi rakyat atau para penyokong parti-parti pembangkang yang ada di negara ini tidak semestinya bebas bercakap sembarangan yang berbentuk hasutan, mahupun penghinaan yang berasaskan niat jahat bagi merosakan nama seseorang, kerana masih ada undang-undang lain boleh dikenakan terhadap seseorang.

Dalam hubungan ini, V.K.Liew berharap sesiapa yang ingin melancarkan idealogi politiknya, supaya menampilkan idealogi yang bernas, bertanggung jawab dan berasas; bukannya mengikut perasaan dan emosi menghina individu, pemimpin atau kerajaan

V.K Liew menambahkata, ISA yang sebelum dimansuhkan, diguna pakai untuk tiga kategori iaitu berbentuk hasutan seperti rusuhan/subversive; kedua memiliki senjata api tanpa lesen dan ketiga terlibat pemalsuan kad pengenalan.

“Kita harap pembangkang akan menyokong sepenuhnya usul mengenai akta baru ini pada persidangan parlimen nanti. Jangan pula pihak pembangkang memutarbelitkan fakta kerana akta ini untuk menjamin kelematan dan kesejahteran Negara. Semua pihak, termasuk pembangkang harus bersatu padu agar keadaan negara kita aman damai,” jelas V.K. Liew

Sebagai soalan tambahan, V.K Liew menjelaskan LDP sudahpun menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya di setiap daerah sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Mengenai kerusi di kawasan Karamunting yang sememangnya milik LDP sejak tahun 1999 lagi, V.K.Liew menjelaskan adalah tidak benar bahawa kerusi ini akan diberikan kepada parti-parti komponen BN yang lain.

“Penyandang kerusi Karamunting yang melompat parti lain khususnya parti GERAKAN tidak wajar untuk memiliki semula kerusi tersebut. Saya harap pemimpin atasan sedia maklum dan faham situasi ini agar tidak melanggar prinsip Barisan Nasonal,” tegasnya.

Kata V.K.Liew lagi, parti LDP adalah merupakan parti komponen BN yang tertua di Sabah yang memainkan peranan penting membantu kemasukan UMNO masuk ke Sabah pada awalan tahun 90-an.

“Sewajarnya parti komponen lain memberi sedikit perhormatan atas jasa-jasa yang pernah ditaburkan LDP sebagai parti komponen tertua di Sabah demi kesejahteran dan setia kawan agar BN terus kekal dan sama-sama berjuang menentang musuh politik dan Negara,” kata V.K.Liew lagi.

No comments:

Post a Comment