Wednesday, 19 October 2011

RAPUHNYA BENTENG NEGARA KITA?


MALANG....Malang sekali pegawai saya kerana tidak mengusul periksa siapa Nurhidayah kerana diseludup masuk Ahli Parlimen Silam.

Saudara Pengarang,

SYABAS dan Tahniah kerana berjaya mendedahkan petualangan yang dilakukan oleh seorang wanita Dusun Segama yang menyamar sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri, termasuk memasuki Pos Tentera paling penting di Tungku, Lahad Datu melalui artikel bertajuk ‘Nurhidayah, Pegawai Khas PM Di Sabah?’

Sebagai anggota tentera pangkat bawah yang bertugas di Post Tentera Dengan, Tungku ketika lawatan berkenaan, saya tidak sama sekali menyangka bahawa Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi begitu lalai, tanpa usul periksa membawa masuk ‘Pegawai Khas Perdana Menteri’ Nurhidayah Abdullah @ Helen Lim ke markas kami.

Bagaimana jika yang dibawa masuk itu adalah ‘anggota militan’ yang menyamar sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri? Mungkin kami sudah tidak bernyawa lagi ketika ini?

Seram sejuk saya membaca artikel Sabahkini.net kerana anak saudara saya menyatakan melihat gambar saya dalam artikel berkenaan dan saya terkejut ‘Gajah’ bagaimana perkara tersebut boleh berlaku?

ATV.....Nurhidayah mencuba ATV yang dikhaskan untuk pegawai tentera meronda.

BERLAGAK.....Nurhidayah sedang memarahi seorang rakan saya yang tidak tabik hormat kepada beliau.

JANJI....Nurhidayah berjanji akan memberitahu Perdana Menteri untuk menaiktaraf Kandang Kambing kami!

Mujur ada rakan saya turut merakam gambar ketika lawatan berkenaan, jika tidak saya tidak tahu di mana ketua Platun kami mahu menyorok muka kerana membuka pintu seluasnya kepada ‘Penyamar’ memasuki Markas Tentera yang bukan sahaja menyimpan senjata, bahkan menyimpan logistik dan rahsia keselamatan Negara.

Nurhidayah berlagak seperti Pegawai Khas Perdana Menteri telah berjanji untuk membantu kami menaiktaraf Kem Tentera yang disifatkannya seperti Kandang Kambing.

Jika mudahnya Markas Tentera diceroboh ‘Penyamar’, apakah di masa akan datang Menteri Pertahanan membenarkan Kem Tentera dilawati Ahli Parlimen atau Wakil Rakyat kerana tidak ada kepastian, siapa lagi yang akan diseludup masuk ke Markas Tentera?

Semoga pencerobohan dan penyeludupan masuk ‘mahkluk perosak’ tidak lagi berlaku di masa akan datang dan sewajarnya Markas Tentera adalah Zon Merah yang tidak boleh dimasuki sesiapa sahaja melainkan Menteri Pertahanan atau selepas melalui saringan rigid.

Mungkinkah Nurhidayah seorang 'Pesakit Jiwa' kerana tidak takut menyamar sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri, sedangkan manusia biasa pasti menggeletar memasuki kem askar, apatah lagi dalam keadaan seperti 'sumpah-sumpah'?

Salam Hormat,

LASKAR KECEWA

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sebagai Orang Awam saya juga bersa kecewa dengan insiden ini, bayangkanlah si perempuan itu merupakan perisik tentera dari Filipina?, Abu Sayyaf? atau dari kem Parti Pembangkang Malaysia sendiri yang sedang mencari kesilapan yang boleh dijadikan modal utk PRU13 ini..berhati-hati lah di masa mendatang, lebih-lebih lagi kes pendaratan orang asing yg berpakaian separa tentera di Lahad Datu pada Feb 2013 yang amat menggusarkan Rakyat Malaysia keseluruhannya dan Warga setempat Amnya, yang mencerminkan lagi kelemahan Sistem Pertahanan Negara yang mudah saja ditembusi orang luar..Please be Alert!!!!!....Musuh sentiasa benci dan dengki dengan kemakmuran dan keamanan yang kita nikmati selama ini...

    ReplyDelete