Oleh : MUTALIB M.D
KELUARGA waris mangsa bunuh, Kartini Binti Borhan, kesal kerana Ketua Polis Daerah Keningau membenarkan anggotanya menggunakan telefon bimbit mangsa, sedangkan telefon berkenaan adalah bahan bukti penting, termasuk cap jari dan SMS yang masuk dan keluar menjelang saat-saat kematian arwah yang menyeramkan.
“Saya tidak tahu di mana silapnya OCPD Keningau kerana gagal memantau anak buahnya sehingga mengganggu telefon arwah; sedangkan kita tahu telefon itu mempunyai rahsia besar yang cuba disembunyikan polis sejak awal-awal lagi,” kata Ahmad yang pertama kami menghubungi Sabahkini.net ketika PDRM mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mangsa rompakan.
Kata Ahmad, persoalannya, siapa yang menggunakan telefon bimbit arwah Kartini untuk menghubungi seorang pegawai kanan polis yang berasal dari Semenanjung Malaysia, Azizi, iaitu ke nombor 0138515934, sedangkan ketika itu jenazah arwah Kartini berada di Hospital Keningau?
“Saya kesal kerana PDRM seolah-olah mempermainkan kami. Kononnya siasatan dilakukan Bukit Aman dan Kepayan, tetapi kenapa Tuan Adnan di Balai Polis Keningau turut menyiasat rakan-rakan arwah, terutama Ling Ling dan menuduh Ah Heng yang membunuh arwah, bukannya Inspektor Rizal?,” tanya Ahmad yang meminta Pesuruhjaya Polis Sabah membuat penjelasan kerana ketika pembunuhan berlaku, Ah Heng sedang bekerja jauh dari tempat kejadian.
Menurut Ahmad, keluarga beliau ingin tahu peranan Adnan yang mengganggu keluarganya melalui nombor telefon 0192162272, sedangkan mereka telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Bukit Aman dan Kepayan.
“Siapa Adnan? Apa peranan dan apa hubungannya dengan Rizal? Kenapa beliau bersusah payah melindungi Rizal? Kita tidak halang polis tahan Ah Heng untuk siasatan, tetapi tidak wajar Adnan tuduh Ah Heng yang membunuh sedangkan siasatan belum selesai,” kata Ahmad yang curiga dengan kelibat polis Keningau yang sering mengganggu keluarganya.
mengaku ja la tuan....
ReplyDelete