Monday, 3 October 2011

SINAR REMBULAN MENYANTUNI BATU SAPI



DAIF….jambatan ke rumah penduduk yang kelihatan terlalu daif.

Oleh : SALASIAH SALAMUN

HALWA Remaja PAS Kawasan Sandakan berserta Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Sandakan dan PAS Kawasan Batu Sapi telah memulakan langkah pertamanya kelmarin untuk turun menyantuni penduduk di sekitar Kampung Lupak Meluas bertujuan menziarahi penduduk kurang upaya, ibu tunggal, warga emas, miskin dan sakit serta uzur.

Program ini turut melibatkan Unit Amal dan beberapa penduduk kampung yang menjadi penyokong kepada Pakatan Rakyat. Program ini disertai oleh lebih kurang 30 orang petugas PAS Kawasan Sandakan dan Batu Sapi.

Program yang bermula seawal jam 10 pagi, dimulai dengan taklimat ringkas mengenai ziarah yang akan dijalankan. Pembahagian kumpulan yang melibatkan seluruh petugas juga turut diadakan.

Haji Hamzah Abdullah juga dijadualkan untuk memberikan ceramah kelompok di salah sebuah rumah di kampung tersebut. Menariknya, rumah yang akan dijadikan pusat itu adalah rumah penduduk kampung yang telah keluar daripada UMNO dan menjadi penyokong PAS.

LAWAT….Petugas PAS melakukan lawatan dan tinjauan ke sebuah rumah penduduk:

Beliau memberitahu beliau kesal, kecewa dan marah dengan tindakan Wakil Rakyat Sekong, Datuk Haji Samsuddin Yahya yang ‘mematikan’ bekalan elektrik di kampung tersebut apabila wakil rakyat itu mendapat tahu rombongan PAS akan ke sana untuk membuat program kemasyarakatan.

Hamzah merasakan itu adalah satu tindakan yang bodoh dan menampakkan bahawa pemimpin BN itu takut dan gerun dengan bayang-bayang sendiri. Bekalan elektrik itu terputus sejak dua hari yang lalu.

Sebanyak lebih kurang 10 buah rumah yang dilawati oleh petugas PAS di sekitar kampung tersebut yang kelihatan amat daif dan memilukan hati. Ada antara penduduk yang tinggal menumpang di rumah saudara lain kerana ketiadaan rumah.

Terdapat juga rumah yang tidak sempurna, atap dan dinding bocor dan hal ini sangat menyukarkan penduduk apabila hujan turun.

“Semalaman kami tidak dapat tidur apabila atap terbang ditiup angin dan air hujan mencurah-curah ke dalam rumah,” adu seorang penduduk kampung.

SUMBANGAN …….Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan menghulurkan sumbangan ikhlas kepada penduduk yang diziarahi.

Penulis berkesempatan berbual dengan seorang wanita yang telah uzur dan sakit terkena strok. Beliau mendakwa bahawa dia terpaksa menyara kehidupan keluarga dengan menjaga kedai runcit, walaupun kesihatannya tidak memuaskan. Beliau juga mendakwa bahawa dia hanya memiliki pasport dan hal ini tentu menyukarkannya untuk memohon bantuan ataupun mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Peristiwa yang amat mencuri perhatian penulis adalah ketika melawat sebuah rumah yang didiami ibu tunggal bersama dengan 6 orang anaknya.

Najib, yang berusia 7 tahun dan merupakan anak kepada ibu tunggal ini, Liza, amat mencemburui kawan-kawannya yang ke sekolah. Najib berkeinginan untuk ke sekolah dan mahu belajar untuk mengubah nasib keluarganya.

Namun, amat malang apabila ibunya tidak berkemampuan untuk menguruskan dokumen untuk mendapatkan surat kelahiran mereka. Hal ini terjadi kerana ibunya tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Apabila rombongan keluar daripada rumah tersebut, rakan kepada Najib bertanyakan kepadanya adakah dia akan ke sekolah nanti. Tersentuh hati penulis mendengarnya. Najib hanya membuat muka tidak tahu dan menggeleng perlahan.

STROK…..Para petugas PAS sedang menziarahi pesakit strok yang memerlukan bantuan.

Menziarahi rumah penduduk kampung, petugas PAS telah menyediakan sedikit cenderahati untuk diberikan kepada tuan rumah. Walaupun pemberian yang diberikan tidak mencapai ratusan ringgit, namun penduduk tetap menerimanya dengan tangan yang terbuka dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan.

Penduduk kampung tersebut amat mengenali susuk tubuh Haji Hamzah Abdullah. Buktinya, apabila beliau melewati beberapa orang penduduk, mereka akan menjerit ‘Hidup PAS’ dengan bersemangat.

Ada juga antara mereka yang mengadu kepada Haji Hamzah bahawa rumah mereka bakal dirobohkan. Apabila mereka terlihat beberapa petugas yang memakai lambang PAS, mereka menyatakan akan memberikan sokongan kepada PAS pilihanraya pada akan datang. Namun, ada juga yang tidak mengenali kami dan menyatakan bahawa kami adalah pihak polis!

Program berakhir sekitar pukul 12.30 tengah hari. Haji Hamzah Abdullah dan seluruh petugas PAS menaruh harapan yang tinggi agar dapat memenangi hari rakyat untuk menumbangkan regim UMNO-BN pada pilihanraya akan datang.

Cukuplah dengan penindasan dan ketidakpedulian wakil rakyat terhadap masalah yang membelenggu penduduk. Pakatan Rakyat berjanji akan menjadi suara rakyat apabila dipilih pada pilihanraya umum akan datang.

Mudah-mudahan usaha yang sekecil ini dinilai oleh Allah SWT dan dilepaskan dari tanggungjawab apabila dipersoalkan oleh-Nya kelak di akhirat.

1 comment:

  1. Sometimes we thought that these people are unhappy with the kind of life that they have but NAY - I was once living in this place and I still want to experience the same feelings until now.

    The happiness that I felt living in this place is not something that has to do with worldly pleasure, it has to do with having my family surrounds me, being contented with what Allah has given us and most of all the eeman we all held in our heart...

    If you want to meet real people? Mingle with the poor and be one of them. They might lack many things but onet thing they have-selflessness.

    ReplyDelete