Friday 12 July 2013

AL-FATIHAH UNTUK MUTALIB MD


Oleh: ADLI AYOB

KOTA KINABALU, SABTU 29/06/13 - Saudara Abdul Mutalib Mohamed Daud 51, telah menghembuskan nafas yang terakhir lebih-kurang jam 3.00 pagi hari Sabtu di Kota Kinabalu akibat serangan angin ahmar (stroke) dipangkuan isterinya Pn. Sarina Abd. Gani. Sejurus kemudian, pada jam 3.15 petang jenazah Allahyarham telah selamat tiba di Lapangan Terbang Tawau dan telah dibawa ke rumah keluarganya di Taman Warisan, Lahad Datu, Sabah.

Menurut Pn. Sarina Abd Ganih, jenazah Allahyarham Mutalib MD akan disemadikan di Tanah Perkuburan Tabin-Silabukan dekat Lahad Datu pada pagi esok (Ahad, 30/06/13) jam 8.00pagi.
Sesungguhnya dengan pemergian beliau ke Rahmatullah pada hari ini telah menyaksikan hilangnya seorang pejuang negara yang sinonim dengan pendedahan 'IC-Palsu/RCI' di Malaysia dan sangat-sangat dirasai oleh keluarga dan sahabat-handai. Seorang sahabat beliau, Dato' Ahirudin Bin Attan telah menulis tentang berita kematian allahyarham di SINI (Rocky's Bru).

Pihak editorial Sabahkini.net akan memberhentikan seketika paparan berita di Sabahkini & SabahkiniTV untuk masa yang terdekat ini bagi menghormati keluarga beliau. Kepada sahabat-sahabat, pembaca Sabahkini dan penonton SabahkiniTV, anda dijemput untuk memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham pada esok, jam 8.00 pagi di Lahad Datu. Portal Sabahkini.net akan terus beroperasi selepas ini sesuai dengan kehendak dan pesanan beliau iaitu 'Membongkar Kebenaran, Mempertahankan Kejujuran' - Al-Fatihah.

1 comment: