Friday 12 July 2013

FIRDAUS SAHKAN BAKAL BERTANDING JAWATAN KETUA TIMB UMNO





OLEH : Media Batu Sapi

Kehangatan pasca pemilihan UMNO semua peringkat pada kali ini semakin terasa bahangnya. Khususnya di UMNO Bahagian Batu Sapi. Jentera Ketua Pemuda Batu Sapi kini dalam rangka menyusun atur untuk mendapatkan sokongan para ketua-ketua cawangan semua peringkat bagi memastikan sokongan terhadap Firdaus tidak luntur.

Dalam keadaan ini, jelas memperlihatkan Timbalan Ketua UMNO Batu Sapi Encik Arifin Asgali tidak mempunyai cara lain melainkan bekerjasama dengan Firdaus untuk menggulingkan Ketua UMNO Batu Sapi yang juga mantan Pemandu Teksi ini agar disingkirkan pada pemilihan UMNO kali ini.

Krisis Pergolakan antara Kroni Datuk Shafie dan Datuk Musa kini jelas terpampang dalam krisis kepimpinan dalam UMNO Bahagian Batu Sapi. Firdaus bakal meninggalkan Pergerakan Pemuda Batu Sapi dengan kepimpinan yang baru adalah untuk merealisasikan impiannya menjadi Calon Pilihanraya pada masa akan datang. 

Firdaus juga yang tidak siring dengan kepimpinan Pemuda UMNO Sabah adalah berpunca apabila Azman Ruslan dipecat serta merta menjadi Ketua Pemuda Sabah satu ketika dulu. Ini telah menampakkan Pemuda UMNO Sabah terbahagi dua. 

Naib Ketua UMNO Batu Sapi iaitu Encik Sahak Noh telah mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan kali ini kerana ingin memberi peluang kepada kepimpinan yang baru. 

Jika Encik Arifin Asgali tidak menentang Samsudin,berkemungkinan Firdaus akan tentang Samsudin dalam Pemilihan UMNO Bahagian kali ini. Menurut jenteranya, demokrasi dalam UMNO mesti disegarkan. Tiada istilah lawan bos.

54 comments:

  1. Over 5,000 Umno branches in Sabah, with a total of 450,000 members, will convene their respective delegates meetings in stages from July 15.

    Sabah Umno Liaison Committee secretary Datuk Seri Yahya Hussin said the meetings were expected to be fully completed in September.

    “Some of the branches may convene their meeting during the month of Ramadan and some may hold their after Hari Raya, it’s up to them,” said Yahya, who is Sabah Deputy Chief Minister, after visiting the Ramadan bazaar in Putatan town here today.

    On the branch and division level elections, he said anybody could contest for any post at the branch and division levels.

    However, those who wished to contest or to be nominated for the elections must first register as Umno member, and to qualify to contest at the division level, they must be an Umno member of not less than three years and not a bankrupt

    ReplyDelete
  2. Umno has shifted from being the dominant force in the Sabah administration to master-of-all it surveys in Sabah. It now has even more party members in the state Cabinet giving them an unprecedented ratio of 6:3:2 in the ministerial line-up.

    ReplyDelete
  3. The encroaching dominance by one community in the cabinet became visible when the ministerial posts changed to 5:3:2 and then 5:3:3 and now standing at 6:3:2, rendering the other community leaders to minority roles in less-funded ministries. Musa announced his cabinet line-up last week retaining PBS leader Joseph Pairin Kitingan as one of his three deputies.

    ReplyDelete
  4. The ageing PBS president was also given back his old portfolio as Minister of Infrastructure Development. Another non-Muslim native in the new cabinet is Siringan Gubat of Upko who comes in as Minister of Resource Development and IT.

    PBS Murut leader, Radin Malleh, was the third Christian on Musa’s team, holding the portfolio of Rural Development, a ministry which has achieved little in the way of rural development over the years.

    ReplyDelete
  5. The six Umno ministers, besides Musa, are Deputy Chief Minister Yahya Hussin, Hajiji Mohd Noor, Masidi Manjun, Jainab Ahmad and Tawfiq Abu Bakar Titingan. The two ethnic Chinese ministers are deputy chief minister Raymond Tan and newcomer Teo Chee Kang, who is the LDP secretary.

    ReplyDelete
  6. Persefahaman dan perjuangan harus menghala misi yang sama.

    ReplyDelete
  7. Naib Ketua UMNO Batu Sapi iaitu Encik Sahak Noh telah mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan kali ini kerana ingin memberi peluang kepada kepimpinan yang baru.

    Satu tindakan yang bijak agar generasi ini berpeluang membuktikan keupayaan membawa perubahan secara keseluruhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang satu tindakan yang bijak sebenarnya. Agar golongan ini berpeluang mengambil pengalaman.

      Delete
  8. Mereka harus sebulat suara dan memperjuangkan kebajikan dan hak orang Sabahan.

    ReplyDelete
  9. Pemimpin yang tidak berkhidmat dan tidak melaksanakan tanggung jawab dengan baik harus disingkir dari jawatannnya.

    ReplyDelete
  10. Nampaknya UMNO Sabah ini berbelahan juga.

    ReplyDelete
  11. Persidangan UMNO di semua peringkat kali ini bukan setakat memenuhi tuntutan perlembagaan tahunan parti semata-mata, tetapi ia juga sebagai medan mengukuhkan kedudukan parti supaya terus relevan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelemahan masing-masing harus dikaji dan diperbaiki lagi.

      Delete
  12. Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persidangan itu juga untuk mencari kelemahan dan menilai kekuatan di peringkat cawangan serta bahagian.

    ReplyDelete
  13. Ia juga untuk meningkatkan iltizam juga semangat perjuangan bagi memelihara kepentingan bangsa, agama dan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus memperjuangkan hak & kepentingan untuk semua bangsa dan agama.

      Delete
  14. “Tujuannya juga untuk parti UMNO ini terus kukuh, kuat, bersatu padu dan dapat pikul tanggungjawab dengan lebih berkesan supaya perjuangan kita ini suci dan dapat keredaan Allah, ia (dianggap) sebagai satu ibadat.

    ReplyDelete
  15. “Ini perbuatan yang dituntut agama kerana tegakkan syiar Islam, kedudukan bangsa Melayu dan Islam, ini jadi teras perjuangan UMNO. Maknanya perjuangan UMNO suci dan dituntut agama dan bukan perjuangan politik sempit untuk kepentingan tertentu saja,” katanya.

    ReplyDelete
  16. Muhyiddin berkata, perjuangan UMNO harus diperkukuh kerana ketika ini, orang Melayu berdepan dengan pelbagai ancaman seperti cubaan menggugat institusi beraja, bahasa Melayu, hak keistimewaan Melayu dan agama Islam.

    ReplyDelete
  17. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh menegaskan, UMNO juga harus terus berjuang untuk memenuhi tuntutan untuk memerdekakan orang Melayu daripada cengkaman kejahilan, kemiskinan dan kemunduran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hak Melayu harus diperjuangkan, begitu juga hak & kepentingan bangsa lain dimana Malaysia ditubuhkan atas ketiga bangsa yang utama.

      Delete
  18. “Kalau ini semua dapat difahami (dalam persidangan nanti), tentu (ahli-ahli UMNO) lebih bertenaga (bersemangat) walaupun ada antara kita yang yang matang usianya, tetapi kita berada di sini kerana ada satu misi untuk tentukan masa depan orang Melayu terus terjamin, tidak diganggu gugat mana-mana pihak dalam atau luar negara,” katanya.

    ReplyDelete
  19. Beliau berkata, semua pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian termasuk sayap parti perlu memahami peranan masing-masing dan bukan menjalankan tugas kerana mahukan jawatan kerana ia tidak menjanjikan gaji atau elaun.

    ReplyDelete
  20. “Kita berada di situ (jawatan masing-masing) kerana mahu meneruskan amanah untuk bangsa, agama dan negara. Kita nak tentukan survival (kelangsungan) bangsa Melayu, agama dan negara,” katanya.

    ReplyDelete
  21. katanya, ahli UMNO perlu faham perjuangan parti dan begitu juga orang Melayu keseluruhannya supaya UMNO terus relevan termasuk dengan melakukan perubahan.

    ReplyDelete
  22. SEPERTI KATA MUKHRIZ Perwakilan UMNO Diingatkan Ketepi Perbezaan Pendapat

    Perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO diingatkan agar mengenepikan perbezaan pendapat dan pertelingkahan dalaman sebaliknya menumpukan usaha untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

    Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata perwakilan perlu mengutamakan isu memenangkan calon-calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menaikkan lagi semangat anggota parti itu menjelang PRU-13.

    “Kalau ada sebarang perbezaan pendapat dan pertelingkahan dalaman, itu semua (perlu) diketepikan untuk kita tumpu kepada pilihan raya…nanti kita akan menyesal tak sudah,” katanya selepas melancarkan Honda Jazz Hybrid, kenderaan hibrid pemasangan komponen unit terurai (CKD) pertama di Malaysia, di sini, hari ini.

    Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Perhimpunan Agung UMNO berkenaan diharap turut menjadi platform penyatuan orang Melayu dan menjaga kesucian agama Islam.

    Katanya UMNO telah terbukti sejak sekian lama berjuang demi memartabatkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara.

    “Apabila perpaduan di kalangan orang Melayu itu tidak berada pada tahap yang sepatutnya, maka kepentingan kita (orang Melayu) secara keseluruhan pun tidak terjamin,” katanya.

    AMANAT MUKHRIZ ITU BUKAN SAHAJA PENTING PADA MASA SEBELUM PRU TETAPI JUGA UNTUK SELAMA-LAMANYA BAGI MENJAMIN PARTI ITU TERUS DIPERCAYAI OLEH RAKYAT

    ReplyDelete
  23. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata biarpun ada perbezaan politik dan pendapat di kalangan umat Islam di Malaysia, ia tidak seharusnya membawa kepada konflik yang keterlaluan.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata biarpun ada perbezaan politik dan pendapat di kalangan umat Islam di Malaysia, ia tidak seharusnya membawa kepada konflik yang keterlaluan.

    ReplyDelete
  24. Beliau berkata Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negara sebaik-baiknya supaya pembangunan secara holistik atau menyeluruh seperti dituntut Islam dapat dilaksanakan.

    Najib berkata sebagai menghargai mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan BN pimpinan Umno, syiar Islam akan terus dipertingkatkan, akidah dan kesucian Islam termasuk kalimah Allah dipertahankan.

    ReplyDelete
  25. Selain itu, sebagai menghargai anggota jawatankuasa surau dan masjid di seluruh negara, Najib berkata mereka akan diberikan sumbangan kain pelikat, kain jubah, telekung, air zam-zam.

    Pada malam ini, Najib menyampaikan sumbangan berkenaan kepada ketua-ketua bahagian Umno di Selangor untuk diagihkan kepada anggota jawatankuasa masjid dan surau di seluruh Selangor.

    Beliau turut meluluskan permintaan jawatankuasa masjid itu bagi mendirikansebuah dewan serbaguna untuk orang ramai. Pada malam Ahad, Najib bersama kepimpinan Umno Selangor berbuka puasa bersama lebih 2,000 hadirin selain menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

    ReplyDelete
  26. moga pemilihan ini berjalan lancar dan aman

    ReplyDelete
  27. The programme, which is tailored along the line of the White House Fellows Programme, enables brilliant and talented young Malaysians to gain a first hand experience on how the government work.

    ReplyDelete
  28. Implementation of the Open Source Software (OSS) in the public sector since 2004 has generated RM595 million revenue, the Malaysia Administrative Modernisation and Management Planning Unit Director-General (MAMPU) Datuk Wira Omar Kaseh said.

    ReplyDelete
  29. the Multimedia Development Corporation (MDeC) also said the OSS implementation had created an export value of more than RM234 million

    ReplyDelete
  30. The OSS implementation has also developed 36 Malaysian companies with MSC status offering jobs to 6,206 knowledge workers

    ReplyDelete
  31. The OSS programme was started in 2004 with the launch of the OSS Masterplan for the Public Sector and the establishment of the Open Source Competency Centre (OSCC) to reduce the cost of developing information and communications technology (ICT)

    ReplyDelete
  32. to upgrade the quality of public service delivery; improve human capital development; growth of knowledge society; and to boost development of the local ICT industry.

    ReplyDelete
  33. the OSS implementation in the public sector also showed remarkable achievement with 99.6 per cent or 921 government agencies being able to save more than RM370 million.

    ReplyDelete
  34. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata semua jawatan tertinggi dalam parti itu terbuka untuk ditandingi pada pemilihan yang dijadualkan hujung tahun ini.

    ReplyDelete
  35. "Siapa sahaja yang mahu bertanding untuk jawatan tertinggi, daripada Majlis Tertinggi ke jawatan presiden, boleh mendaftarkan diri mereka sebagai calon," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Rakyat, di sini.

    ReplyDelete
  36. Kenyataannya itu menyusuli gesaan beberapa pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang mahu jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dicabar.

    ReplyDelete
  37. Berdasarkan format baharu pemilihan, beliau berkata antara 148,000 dan 150,000 anggota Umno dari 199 bahagian akan mengundi calon yang berkenaan.

    ReplyDelete
  38. Mengenai mekanisme pengundian, Tengku Adnan berkata satu bahagian dikira sebagai satu undi.

    ReplyDelete
  39. "Sebagai contoh, jika (Perdana Menteri dan Presiden Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak ada pencabar, mereka harus bertanding di semua bahagian kerana setiap bahagian merupakan satu undi (kepada calon yang menang).

    ReplyDelete
  40. Sekalipun setiap bahagian mempunyai jumlah perwakilan berbeza," katanya.

    ReplyDelete
  41. PEMILIHAN CALON YANG TEPAT AKAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PERJUANGAN UMNO

    Semua ahli UMNO yang berhajat untuk menawarkan diri dalam pemilihan UMNO kali ini berkemungkinan akan melalui tapisan khas bagi memastikan mereka benar-benar layak.

    Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur berkata, walaupun pemilihan kali ini dibuat secara terbuka namun Setiausaha Agung mempunyai kuasa untuk membuat tapisan setiap ahli yang menawarkan diri untuk bertanding.

    ReplyDelete
  42. PEMILIHAN CALON YANG TEPAT AKAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PERJUANGAN UMNO

    Beliau berkata, tapisan itu penting terutama bagi mereka yang ingin bertanding jawatan penting di dalam parti bagi mengelakkan berlaku sesuatu yang tidak diingini yang akhirnya menjejaskan imej parti.

    ReplyDelete
  43. PEMILIHAN CALON YANG TEPAT AKAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PERJUANGAN UMNO

    “Sekalipun pemilihan UMNO terbuka tetapi Setiausaha Agung UMNO ada kuasa tapis mereka yang nak bertanding jawatan-jawatan penting parti.

    “Saya takut orang-orang tertentu guna kaedah ini memalukan UMNO. Saya akan teliti, adakah dia mampu? Betul nak tanding atau ditaja untuk memalukan parti,” katanya.

    ReplyDelete
  44. PEMILIHAN CALON YANG TEPAT AKAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PERJUANGAN UMNO


    Sehubungan itu, beliau menyarankan agar konsep muzakarah dilaksanakan semasa pemilihan bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

    “Boleh duduk bincang siapa yang nak diketengahkan, siapa yang beri laluan dan sebagainya,” katanya.

    ReplyDelete
  45. Buatlah pilihan yang tepat demi kesenangan masa depan anak cucu sendiri.

    ReplyDelete
  46. Semoga semuanya berjalan lancar dan elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

    ReplyDelete
  47. Setiap ahli UMNO termasuk Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri diingatkan supaya sentiasa bersatu dan menjaga kekuatan parti terutama menjelang pemilihan parti bermula 15 Julai ini bagi peringkat cawangan.

    ReplyDelete
  48. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ingatan itu amat penting bagi mengelak berlakunya perpecahan, seterusnya merosakkan kestabilan parti dalam jangka masa pendek dan panjang.

    ReplyDelete
  49. "Walau dalam apa situasi sekalipun, keutamaan dan kepentingan parti perlu terus terpelihara. Seruan bersatu dalam kalangan ahli parti perlu sentiasa ditekankan kerana perpaduan merupakan sebahagian daripada teras perjuangan UMNO.

    ReplyDelete
  50. Eratkan lagi hubungan yang sedia kuat terjalin, perkasakan parti dan hapuskan segala unsur yang boleh memecahbelahkan parti," katanya

    ReplyDelete