Wednesday 22 April 2015

Penduduk Taman Anggerik Kesal 6 tahun diabaikan MPS


Oleh: Shaimon S Jumadi


DAP DAN PENDUDUK....berkerjasama membersihkan sekeliling Taman Perumahan setelah 6 tahun diabaikan Majlis Perbandaran Sandakan



SEKONG : Sebilangan besar penduduk Taman Anggerik di kawasan DUN Sekong dan Parlimen Batu Sapi melahirkan kekecewaan terhadap pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) kerana sudah enam tahun perumahan Taman tersebut duduki namun belum pernah nampak pihak kelibat MPS walaupun sekali membersihkan kawasan sekeliling.

Seluruh parit mahupun longkang di sana sini tersumbat oleh hakisan dan sampah sarap malah menjadi penyebab utama longkang tersumbat dan air bertakung sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.


Beberapa orang penduduk perumahan Taman Anggerik yang turut menyertai gotong-royong anjuran DAP bersama penduduk setempat, mereka mendakwa pihak MPS  hanya pandai memungut cukai pintu tetapi soal kebajikan penduduk langsung tidak dihiraukan.

Contohnya, banyak parit dan longkang semuanya tersumbat menyebabkan air bertakung ini sudah jelas tempat nyamuk aedes bertelur.

“Kami berterima kasih kepada pihak parti Pakatan Rakyat DAP atau PKR walaupun mereka ahli-ahli pembangkang yang sering didakwa oleh ahli-ahli parti BN atau UMNO sebagai petualang dan pengkhianat  bangsa dan  Negara, namun  para pemimpinnya termasuk orang-orangnya mempunyai dasar perikemanusiaan sehingga sanggup menganjur gotong-royong menggunakan wang ringgit dan tenaga sendiri  demi mahu menyelamatkan penduduk Taman Anggerik, kalau begini  confirm  PRU 14  nanti tentunya  kami akan beri  undi kepada calun-calun  Pakatan” ujar penduduk.

Sementara dalam komen Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong menjelaskan, beliau merasa kecewa terhadap sikap pegawai-pegawai MPS yang langsung  tidak mahu memberikan kerjasama untuk bergotong royong membersihkan kawasan sekeliling Taman Anggerik yang mempunyai penduduk hampir 1000 orang.


PEMIMPIN DAP....berbakti pada masyarakat tanpa mengenal warna kulit, agama dan keturunan walaupun dicaci sebagai Petualang dan RACIST Negara


“Saya sudah menulis  surat rasmi kepada pihak MPS hanya meminta bantuan meminjam  peralatan itu saja untuk  kegunaan gotong royong tersebut, malangnya mereka langsung tidak memberi kata putus sama ya atau tidak.

"Walaupun  saya wakil rakyat pembangkang, tapi kita mempunyai peranan yang sama untuk membantu rakyat kita dipilih oleh rakyat. kita harus kembali ke pangkuan rakyat,  kita buat kerja gotong-royong ini bukan untuk siapa untuk rakyat dan penduduk Taman Anggerik” jelas Wong.

Apapun, Wong bagi pihak Parti Pakatan Rakyat khususnya DAP dan PKR termasuk para penduduk Taman Anggerik mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana sudi bekerjasama dan  turut menyertai dalam membantu gotong-royong tersebut walaupun mereka tanpa dibayar gaji sesen pun namun menampakkan mereka mempunyai semangat toleransi dan berkompromi antara satu sama lain sehingga berjayanya program gotong-royong tersebut berjalan lancar tanpa ada gangguan daripada mana-mana pihak.

Gotong-royong yang dimulakan pada jam 7.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari  telah dsertai seramai 50 orang  dan  70  peratus adalah penduduk luar dan turut hadir Timbalan Ketua Cabang PKR Bandar Tommy Yapp dan ahli-ahli Majlis Tertinggi DAP Frankie Poon George Hiew dan Calvin Chong.


“Tidak ketinggalan juga saya ucapkan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Sandakan kerana sudi bekerjama dalam menyertai gotong-royong, inilah contoh terbaik bahawa Jabatan Kesihatan sentiasa memberikan kerjasama walaupun gotong-royong dianjurkan oleh DAP kerana semata-mata untuk memastikan  setiap penduduk adalah dalam keadaan selamat tanpa adanya dijangkiti wabak denggi, gotong royong bukan kerana parti pembangkang tapi demi kebajikan dan kesejahteraan semua lapisan masyarakat semoga dalam keadaan baik” ujar Wong.

No comments:

Post a Comment