Friday, 10 April 2015

Tindakan KM Sarawak Memarahi Pegawai Imigresen Wajar, kata Wong


Oleh: Shaimon S Jumadi


PERKAMPUNGAN SETINGGAN SULUK-BAJAU....salah satu yang dijumpai di negeri Sarawak


SANDAKAN : Tindakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Saten yang memarahi pegawai Jabatan Imigresen Persekutuan dan Negeri dengan perkataan "Bodoh-Malas" kerana   mengakibatkan  ramai pendatang haram memasuki Sarawak dan videonya tersebar luar  di Internet ini merupakan satu tindakan berani dan wajar dicontohi oleh mana-mana pemimpin kerajaan.

Timbalan Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong  mencabar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mencontohi Adenan, membetulkan Jabatan Imigresen dan memastikan semua pegawai hal ehwal Imigresen menjalankan tugas dengan baik, melarang pendatang haram memasuki Sabah.


Kata beliau, Adenan geram dengan masalah pendatang haram dan memarahi pegawai, menunjukkan beliau bertekad untuk melarang pendatang haram memasuki Sarawak, tindakan beliau amat disanjungi. Jika Sarawak tidak mengambil langkah pencegahan, maka negeri tersebut bakal menjadi  seperti negeri Sabah yang kedua tidak putus-putus dibanjiri pendapatan haram.

Oleh itu, Wong bertanya mengapakah pemimpin Sabah tidak berazam dan berani sama seperti Adenan? Ini menyebabkan Sabah tidak setanding dengan Sarawak dari pelbagai aspek. 

Menurut Adenan, disebabkan beliau mendapati Miri terdapat 700 orang Bajau dan 400 orang Suluk pendatang haram, oleh itu beliau amat marah dan menegur pegawai Imigresen yang berpura-pura tidak tahu, dan memberi alasan bahawa tidak cukup kakitangan.

Namun demikian, seribu lebih pendatang haram hanyalah kes kecil di Sabah, kerana kini populasi pendatang haram di Sabah dijangka adalah beratus-ratus ribu kali ganda berbanding dengan Sarawak.

Wong berkata, beliau amat kecewa dengan pemimpin Sabah, jika pada 1970 hingga ke tahun 80an, kerajaan Sabah terdapat pemimpin seperti Adenan, maka hari ini Sabah tidak akan menjadi begini dibanjiri ooleh pendatang haram.  Disebabkan tiada pemimpin yang reti mempertahankan kepentingan rakyat Sabah, rakyat Sabah telah dikhianati oleh pemimpin.

Menurut kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir, beliau mengakui dirinya mengizinkan pemberian kad pengenalan kepada pendatang haram, kerana beliau memberikan kad pengenalan mengikut cara yang “sah”, menyebabkan masalah pendatang haram semakin meleluasa. 

Masalahnya adalah, apabila Mahathir berbuat demikian, mengapakah pemimpin Sabah pada ketika itu tidak mempertahankan kepentingan Sabah, terutamanya hak kuasa hal ehwal imigresen adalah hak kuasa kerajaan negeri, tetapi pemimpin Sabah tetap tidak berupaya menghalang masalah ini, menyebabkan kini kita menghadapi akibat yang buruk.

Wong yang juga Ahli Parlimen Sandakan mencabar Musa Aman, adakah Musa berani bertindak seperti Adenan, memarahi Mahathir dan pegawai Jabatan Imigresen yang lalai dalam melaksanakan tugas, serta bertindak secara serius untuk menghalang kemasukan pendatang haram?

Kini, Musa Aman dan Pairin diberi kuasa untuk mengetuai Jawatankuasa Teknikal di bawah Suruhanjaya Siasatan Diraja, adakah mereka yang sebagai Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri berani untuk menyelesaikan masalah pendatang haram sebelum pilihan raya umum? Sekurang-kurangnya mengemukakan cara penyelesaian yang khusus?


Yang paling penting adalah, adakah parti komponen BN yang bukan UMNO berani mempertahankan kepentingan Sabah, belajar dari Adenan, bergabung mengkritik dasar persekutuan yang tidak adil kepada Sabah dan Sarawak, dan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat menolak UMNO?

No comments:

Post a Comment