Wednesday, 8 April 2015

JKKK Tempasuk Kenalpasti Golongan Miskin


Musbah(dua kiri) bersama Hassan(dua kanan) Aliuddin(tengah) Maicrol(kiri) Giau(penjaga kanan) melawat Masien Dalisap dirumahnya di kg Ulu Kukut

KOTA BELUD: Para pemimpin masyarakat yang dilantik oleh Kerajaan Tempatan di sini, khususnya Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung(JKKK)  disaran supaya  melaksanakan peranan yang telah diberi,  sebagai mata dan telinga kerajaan.


Pembantu Menteri Pertanian dan Industri  Makanan, Datuk Musbah Haji Jamli berkata, peranan JKKK itu adalah penting bagi menyalurkan maklumat  mengenai rakyat yang memerlukan bantuan

Katanya,  pemimpin masyarakat yang terpilih itu,  mempunyai kelebihan kerana,  mereka mengetahui mengenai orang-orangnya yang hidup dalam kesusahan kerana sering mendampingi mereka.

“Kalau ada orang kita yang susah dan perlu dibantu, maklumat tersebut haruslah disalurkan terus kepada  Unit PPM dan kita bawa kepada pengetahuan Tindakan Daerah atau Kerajaan Tempatan,

“Sehubungan itu,  saya minta kepada semua pemimpin masyarakat di kawasan Tempasuk ini,  mengkaji semula orang-orang mereka yang perlu bantuan kebajikan atau E-kasih.”katanya

Musbah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri, Tempasuk berkata demikian, selepas melakukan lawatan kerjanya kepada Masien Binti Dalisap, yang sudah dua tahun sakit terlantar di Kampung Ulu Kukut, tanpa bantuan kebajikan sebaik sahaja terputus, di sini, baru-baru ini.




Musbah(dua kiri) bersama Hassan(dua kanan)  Maicrol(kiri) Giau(penjaga kanan) melawat Masien Dalisap dirumahnya di kg Ulu Kukut



Beliau diiringi oleh Pegawai Kebajikan Kota Belud, Hassan Jamri, Pemimpin Pembangunan  Masyarakat(PPM) Dun, Tempasuk, Aliuddin Paitu.

Turut hadir, Pengerusi JKKK  Kampung Ulu Kukut, Maicrol Elang dan suami si sakit sebagai penjaga, Giau Bin Liadon.

Menyentuh mengenai pembangunan Musbah berkata, kerajaan, tetap menganggap peranan pemimpin masyarakat itu sebagai sesuatu yang penting dalam usaha memajukan sesebuah kawasan berkenaan.

“Maka itu,  mereka perlu berganding bahu menyalur maklumat tepat bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat terutama berkaitan rancangan pembangunan kerajaan.”katanya

Adun Tempasuk itu berkata, pemimpin masyarakat bukan hanya berperanan sebagai jambatan penghubung antara kerajaan dengan masyarakat, tetapi wajib bekerjasama  dengan wakil rakyat mereka.


No comments:

Post a Comment