Tuesday, 7 April 2015

Upacara "Manguok Dan Magavau" Sempena Pesta Kaamatan Tenom Berjalan Lancar: Okk David


Oleh: Darrel Mat Salong




Gambar JAWATANKUASA MAGAVAU TENOM – OKK David Jani berdiri ke-3 dari kiri.




TENOM: Jawatankuasa kecil adat dan senibudaya suku Murut terutamanya dalam acara “Manguok” yang lebih dikenali sebagai acara “Magavau” dalam bahasa Kadazandusun sempena perayaan Pesta Kaamatan 2015 telah siap diatur dan berjalan lancar.


Selain itu, upacara lain seperti “Magimamata, Mampalinutou, dan Mansisia” diperakui oleh jawatankuasa itu sebagai sebahagian daripada upacara kemuncak untuk acara pemujaan semangat padi yang diamalkan oleh masyarakat KDM sejak tahun 1960an lagi, kata Pengerusinya OKK David Jani.

Menurut OKK David, mungkin ramai yang akan keliru selepas menyaksikan upacara “Manguok dan Magavau” yang terdapat sedikit perbezaannya dari segi bahasa dan gaya penyampaiannya terutamanya pembacaan mantera yang disampaikan dalam bahasa suku Murut namun maksud ritualnya adalah sama.

OKK David yang juga merupakan Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri (MAN) disini seterusnya berkata, walaupun sebutan bahasa mahupun gaya penyampaian manteranya agak berbeza tetapi matlamat kedua duanya “manguok dan Magavau” antara lain tanda puji pujian dan kesyukuran keatas semangat padi membawa rezeki yang datang melimpah ruah kepada masyarakat petani.

Manakala upacara “Magimamata, Mampalinutou dan Mansisia” merupakan satu acara makan secara besar-besaran bersama keluarga untuk bersukaria selepas selesai menuai padi, tegas David.

“Pengiktrafan kerajaan terhadap upacara itu, jelas menunjukkan bahawa kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) benar benar mahu melihat adat dan senibudaya rakyatnya dipelihara malah kerajaan sanggup memasukkan acara tersebut sebagai sebahagian daripada acara rasmi kerajaan.

“Perayaan Pesta Kaamatan terus menjadi acara utama Kerajaan Negeri kerana pengisiannya banyak berkait rapat dengan sumbangan kaum bumiputra dari aspek pengeluaran makanan hasil dari penanaman padi, " kata beliau. 


No comments:

Post a Comment