Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengurangkan tajaan pelajar bagi program perubatan di institusi pengajian luar negara mulai tahun depan, kata Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata tajaan pelajar akan dibuat secara lebih selektif bagi mengawal dan mengelak berlaku lambakan graduan perubatan di Malaysia.
Katanya, jumlah pelajar dalam bidang perubatan di institusi pengajian di dalam negara kini semakin banyak dan mampu menampung keperluan negara.
"MARA tidak menghentikan penghantaran para pelajar perubatan ke luar negara. Kami masih membiayai mereka ini di bawah skim cemerlang.
"Tapi kami cuma kurangkan jumlah untuk elak berlaku lebihan," katanya di Medan hari ini.
Annuar berkata mulai tahun depan, Mara akan memberi tajaan secara cara lebih selektif melibatkan negara-negara tertentu sahaja.
"Ada beberapa institusi pengajian tinggi di luar negara yang kami hentikan atau kurangkan penghantaran pelajar ekoran masalah keselamatan, kualiti pembelajaran yang tidak begitu tinggi dan sebagainya," katanya.
Setakat ini, MARA telah menaja kira-kira 2,000 pelajar dalam bidang perubatan termasuk beberapa ratus pelajar di institusi pengajian tinggi di Indonesia.
- Bernama

No comments:
Post a Comment