Thursday, 9 April 2015

Sungai Kuhara Ada Penghuninya Buaya Ganas


Oleh: Faridah  Kario



BUAYA....kelihatan oleh penduduk kampung di Sungai Kuhara, Tawau.



TAWAU : Jangan  disangka air tenang tidak ada buaya, ini ternyata  kerana sungai Kuhara penghubung sungai Kampung Jawa dekat sini walaupun kelihatan cetek (tuhur) tetap amat berbahaya kepada  manusia dan makhluk-makhluk yang lain.


Sering kali penduduk melihat  beberapa ekor buaya naik ke darat untuk mencari sumber makanan; kalau terjumpa ayam atau anjing dan kucing adalah rezeki besar pada buaya-buaya yang menghuni sungai itu.

Banyak sudah anjing kucing dan ayam menjadi mangsa oleh beberapa penghuni sungai itu  tanpa diundang  kecuali manusia belum pernah  kena baham buaya itu.

Menurut penduduk Kampung tersebut, kalau di musim-musim banjir besar, bukan alang kepalangan punya banyak buaya naik ke darat untuk mencari mangsa.

Wartawan Sabahkini.Net yang sempat merakamkan gambar buaya semasa  meninjau ke kampung Kuhara baru-baru ini.

Apapun ibubapa agar sentiasa mengingatkan kepada anak-anak mereka supaya tidak bermandi-manda disungai itu kerana buaya sentiasa munggu mangsa untuk dibaham.

No comments:

Post a Comment