Monday 6 April 2015

Jamawi Beri Penghormatan Terakhir Buat Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis



PENGHORMATAN TERAKHIR...Jamawi (empat dari kanan) ketika menyaksikan keranda Allahyarham Jamaluddin dikeluarkan dari Unit  Fronsik HKL untuk dibawa ke kediamannya di The Mines Seri Kembangan Selangor.


Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar adalah antara pemimpin dari Pergerakan Pemuda Umno yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Tan Sri  Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter AS 365N2 Dauphin yang dinaikinya  terhempas bersama  lima penumpang lain yang di Jalan Sungai Lalang Kampung Pasir Baru Semenyih petang sabtu lepas.


Jamawi bersama kenamaan lain hadir di Unit  Forensik Hospital Kuala Lumpur seterusnya  mengiringi jenazah ke kediaman allahyarham di The Mines Seri Kembangan Selangor sebelum di bawa ke  Perkarangan Makam Pahlawan Masjid Negara untuk majlis pengkebumian.


HIBA...Jamawi bersama Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan Dato  Seri Hishammudin Tun Hussein semasa ziarah di kediaman Allahyarham


Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom menyifatkan pemergian Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin,63, sebagai satu kehilangan besar kepada Negara dan parti; allahyarham merupakan ikon pemuda yang pernah memimpin Pergerakan Pemuda Umno. 

Nahas itu turut mengorbankan Ketua Setiausaha Sulit Najib, Datuk Azlin Alias, Juruterbang Kpt Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang.

No comments:

Post a Comment