Thursday 23 April 2015

DAP minta Polis buat serbuan ke Ladang-ladang jejak Perompak Bersiri



Oleh: Shaimon S Jumadi




SANDAKAN : Mangsa tembakan oleh tiga orang suspek di Ladang Sasit Melangking Besar  Mohd Tahir Mamong kini sudah beransur pulih  setelah Doktor  berjaya mengeluarkan sebiji peluruh yang menembusi buah dadanya.

Menurut Isteri Mamong ketika di wawancara oleh Sabahkini.net menjelaskan, suaminya  yang kena tembak itu semasa dibawa ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan beliau tidak sedarkan diri  dan koma selama  7 jam.


Wartawanan kanan Sabahkini.net  sempat bertanya dengan mangsa; katanya selepas beliau menunaikan solat Jumaat beliau terus pergi ladang tersebut dengan double Cap sambil membawa barang-barang keperluan untuk dijual di ladang itu.

Dalam perjalanan beliau masuk ke ladang sawit iaitu di Jalan Sukau tiba-tiba seorang lelaki dengan  dialek Bugis menahan keretanya kononnya minta hantar ke ladang kerana hari itu hari gajian. 

TAHIR....wajah Tahir sebelum kejadian ditembak, sempat bertemu Wartawan Kanan Sabahkini.net Shaimon Jumadi


Kemudian muncul lagi dua orang dengan dialek Suluk kata Tahir lagi  menanyakan  bila gaji Tahir jawab, saya tidak  tahu saya bukan bekerja di ladang itu, kemudian salah seorang berbangsa Suluk mengacukan pistol terus menembak ke arah Tahir.

Selepas Tahir ditembak, dia masih boleh menahan kesakitan sambil memecut keretanya dia dikejar oleh tiga orang yang hanya berjalan kaki sambil melepaskan tembakan  beberapa das ke arah keretanya.

Tahir pun berjaya sampai di pejabat Ladang itu memang secara kebetulan hari  itu hari gajian, apabila tahir berlumuran darah lalu pengsan, orang-orang yang berada di pejabat semuanya bubar (belusir) kerana ketakutan.

Beberapa barangan yang berharga seperti dua utas jam tangan, dua buah telefon bimbit dan beg pakaian semua digondol oleh perampok (perompak).

Menurut Tahir, apabila polis membawa gambar-gambar suspek, Tahir hanya dapat mengecam dua wajah yang terlibat dalam kes rompakan dan pembunuhan  seorang manager Cina di Ladang Sawit  Tung Sang kejadian tiga hari lalu yang tidak jauh hanya empat batu saja jarak dari Ladang Tung Sang dengan Ladang Melangking.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong bersama rombongan telah menziarahi Tahir di wad Hospital Duchess of Kent pada jam 11.30 pagi tadi.

Memandang kes rompankan ini amat berbahaya dalam tempoh tiga hari saja sudah penyusul  kes kedua, Wong meminta pihak polis membuat operasi  besar-besaran bagi menjejaki perompak-perompak itu.

“Saya percaya perompak-perompak yang terlibat menbunuh Manager Estate Tung Sang dan menembak Tahir masih bersumbunyi di kawasan ladang berhampiran  untuk mengatur strategi baru untuk melakukan rompakan  lagi di ladang-ladang yang lain” ujar Wong.


No comments:

Post a Comment