Friday, 3 April 2015

Pulau Nunuyan Laut Perlu Bekalan Air Bersih (PAI) Dan Lampu 24 Jam Operasi



Rencana Oleh: Shaimon S Jumadi


KK Halid...bersama Peg Khas II Parlimen Sandakan dalam satu sessi temubual 


PAGI tadi kira-kira jam 10.00 pagi saya terpanggil untuk membuat lawatan ke Kampung Nunuyan Laut kira-kira 50 batu nautika jauhnya dari Bandar Sandakan; kalau menaiki  bot laju hanya memakan masa 28 minit saja untuk sampai ke pulau tersebut.


Pulau Nunuyan Laut adalah di bawah lingkungan kawasan Parlimen Libaran dan di DUN Sungei Sibuga  yang rata-rata penduduknya adalah terdiri daripada keturunan suku  Banjar, Suluk dan Bajau .

Memang tidak dinafikan Pulau Nunuyan banyak mendapat pelbagai kemudahan asas seperti Klinik Kesihatan, Sekolah, Masjid dan juga bekalan elektrik daripada pihak Sabah Elektrik Sdn Bhd  (SESB).

 Cuma yang agak menyedihkan, kampung itu langsung tiada bekalan air bersih seperti paip air; rata-rata membina telaga (perigi) sendiri  masing-masing dengan menggunakan 'water pump machine'  untuk menyedut  air untuk sampai ke rumah.

Saya pergi ke Pulau Nunuyan telah di temani oleh Pagawai Khas II Parlimen kawasan Sandakan  Dayang Zubadai Datu Tahil menemubual Ketua Kampung Nunuyan Laut KK Halid Abdullah, yang telah berkhidmat selama 19 tahun sebagai Ketua Kampung di Kg Pulau tersebut.

Dalam temubual tersebut, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian segala kemudahan asas untuk keperluan penduduk berkenaan, cuma beliau  mohon  jasa baik kepada pihak kerajaan agar dapat membekalkan air bersih seperti air paip demi menjamin kesihatan.

Begitu juga, walaupun kampung itu mempunyai bekelan elektrik daripada SESB tapi hanya boleh digunakan dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam.

“Saya bagi pihak penduduk Kampung Nunuyan Laut merayu kepada pihak SESB agar dapat membekalkan elektrik ke kampung ini selama 24 jam.

“Saya percaya jika pihak SESB boleh membekalkan bekalan tenaga dalam tempoh  24, ini juga memberikan kemudahan kepada penduduk kampung yang 90 peratus mereka adalah golongan nalayan boleh membuat air batu (ais batu) untuk dibawa ke laut untuk disimpan di dalam tong ikan-ikan hasil tangkapan mereka “ katanya lagi.
Sejurus selepas kami dari rumah KK Halid, kami terus menuju ke markas  Esscom yang terdiri daripada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA)  seramai 17 orang di bawah takbir Inspektor Donald, anggota yang berasal dari Bumi Kenyalang.

Mereka ditugaskan untuk membuat roandaan di persisiran sepanjang pantai untuk mengawal rapi bagi menjamin tahap keselamatan di Pulau  tersebut.

Dalam temuramah khas dengan wartawan kanan Sabahkini.Net, Donald memberitahu mereka ditugaskan di Pulau tersebut cukup gembira kerana segala kemudahan telah disediakan oleh pihak pemerintah.

Kemudian  Dayang membawa saya pergi ke bangunan Sekolah Kebangsaan Nunuyan Laut dan sempat berbicara mengenai pasarana  di sekolah berkenaan.

Kata guru besar sekolah berkenaan, walaupun terdapat kemudahan asas seperti bekalan elektrik menggunakan Solar boleh  gunapakai, masalahnya tenaga solar berkenaan tidak dapat menampung keperluan untuk membekalkan tenaga elektrik; terdapat berapa buah bangunan pra sekolah dan dua buah rumah mewah yang dikhaskan untuk menempatkan Guru Besar dan Penolong Kanan Guru tidak mempunyai bekalan elekrik.

Saya dan Dayang Zubaidah mengucapkan terima kasih kepada Ketua Kampung Nunuyan Laut KK Halid Abdulah dan Inspektor Donald dan juga Guru Besar kerana memberikan kerjasama sepenuhnya dalam kami membuat kerja kupas-mengupas, semoga tersiarnya aktikel ini pihak-pihak yang berwajib dalam mengambil perhatian khususnya mengenai bekalan air paip dan bekalan elektrik 24 jam di kampung yang  bersangkutan itu.



Hampir ketinggalan satu perkara perlu diselongkar atau dibongkar sejajar dengan kosep Sabahkini.net; “Membongkar Kebenaran, Mempertahankan Kejujuran” iaitu pagar sekolah banyak bolong (berlubang) sana bolong sini, ianya perlu dibaiki kerana banyak asu (anjing-anjing) masuk keruangan kawasan sekolah termasuk juga lembu-lembu (sapi)  turut menceroboh (mana Esscom)   ke kawasan sekolah kerana pagarnya sudah bobrok (rosak) perlu dibaiki segera.

1 comment:

  1. SAYA BERTERIMA KASIH KEPADA PIHAK EDITORIAL SABAHKINI.NET KERANA TAK PUTUS PUTUS MENYIARKAN BERITA-BERITA YANG SAYA HASILKAN SAYA SEBAGAI WARTAWAN KANA KEPADA SABAHKINI.NET AKAN BUAT YANG TERBAIK UNTUK MENGHASILKAN BERITA-BERITA SAMA ADA DATANGNYA DARI KERAJAAN DAN JUGA PEMBANGKANG SEBAGAI WARTAWAN SAYA TAK BOLEH BERAT SEBELAH DALAM MEMBUAT BERITA KHUSUS UNTUK DISIARKAN YANG PENTING ADA FAKTA. SEKIAN HARAP MAKLUM

    ReplyDelete