Sunday, 5 April 2015

Pembangunan RISDA di Sabah



Musbah(dua dari kiri) menyampaikan Mock Cheque RM89.2 juta Pengarah Risda Sabah Omar Hassan disaksikan Adun Kadamaian Jermmy(tiga dari kanan) DO Gari  dan yang lain.




KOTA BELUD:  Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin berkata,  Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM89.2 juta kepada RISDA tahun ini.

Katanya, peruntukan itu telah disalurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah(KKLW) bagi peningkatan ekonomi pekebun kecil di Sabah.

“Sebanyak RM312.3 juta peruntukan telah diterima dan telah disalurkan kepada  para pekebun kecil Sabah sepanjang Risda ditubuhkan  di negeri ini sejak tahun 2010,

“Jumlah ini bukanlah sedikit, oleh itu saya amat berharap  tuan-tuan dan puan-puan dapat mengamalkan pertanian baik di kebun masing-masing dengan teknologi-teknologi baru yang bersesuaian serta menggunakan bantuan kerajaan ini sebaik mungkin tanpa pembaziran.”katanya





Musbah(tiga dari kiri) Jeremmy (empat) bersama yang lain memulakan gerak kerja GAP di kawasan ladang Risda, Kelawat Peturu Darat.


Musbah membubuh racun ulat getah



Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri makanan Sabah berkata demikian, pada Majlis Perasmian Gerakan Peningkatan Produktiviti, Peringkat Negeri Sabah, bertempat di Kampung Pituru Darat, pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Ahli Dewan Undangan, Negeri Tempasuk, Datuk Musbah Haji Jamli.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri, Kadamaian, Jeremmy Malajad @ Ukoh, Pengarah Risda Sabah Haji Omar Bin Haji Hassan, Ahli Pihak Berkuasa Risda, Mohd Zahari Zinin dan perwakilan pekebun kecil Risda di seluruh negeri.

Yahya berkata, Risda merupakan agensi yang menjaga komuniti pekebun kecil, namun kunci kejayaan itu adalah terletak kepada  para pekebun itu sendiri, jika berusaha sungguh-sungguh tetap mendapat hasil yang lumayan.

Katanya, gunakanlah segala kemudahan dan bantuan yang diterima dan sentiasa menyertai program-program yang dirancang oleh kerajaan khususnya di bawah agensi Risda.

“Adalah menjadi harapan saya agar para pekebun di seluruh pelusuk negeri ini akan terus maju dan dapat meningkatkan pendapatan yang lebih tinggi lagi, katanya.




Sebahagian daripada yang hadiri





Musbah(dua dari kanan)  melancarkan Gimik Pelancaran Gerak Peningkatan Produktiviti bersama Jeremmy(kiri) dan yang lain



Menyentuh mengenai Gerakan Peningkatan Produktiviti di peringkat negeri Yahya berkata, gerakan itu, ianya dalam memastikan pekebun kecil mengamalkan amalan pertanian baik dan seterusnya meningkatkan lagi hasil produktiviti kebun yang dilusahakan supaya setiap pekebun kecil akan memperolehi pendapatan yang lebih tinggi.

“Usaha seumpama ini, membuktikan keperihatinan pihak kerajaan yang sentiasa menitikberatkan keperluan rakyat sekaligus ia membentuk komuniti luar bandar yang progresif dan sejahtera melalui pembangunan desa lestari.”katanya

Yahya berkata, amalan pertanian baik atau GAP(Good Agriculture Practices) merupakan faktor penyumbang kepada peningkatan produktiviti hasil getah.

Katanya, terdapat  empat Gap yang telah diwujudkan oleh Risda iatu Gap satu, Pembangunan dan Penyelenggaraan Kebun, Gap Kedua, Pembajaan, Gap Ketiga, Penggunaan Ransangan Lateks dan Gap Keempat, Penorehan dan Penuaian.

Menurut Yahya, amalan pertanian baik ini, amat penting ke arah keremajaan pokok empat setengah tahun dan pendapatan isi rumah pekebun kecil boleh mencapai sehingga RM4,000 sebulan menjelang tahun 2020 dengan adanya kualiti dan kuantiti hasil getah yang bermutu.

No comments:

Post a Comment