Monday 20 April 2015

Manfaatkan Kemudahan Yang Disediakan Oleh Kerajaan - Razak



1MALAYSIA...Razak( tengah) bersama penduduk kampong Senallang Lama menunjukkan isyarat 1Malaysia selepas merasmikan balai budaya tersebut


SEMPORNA : Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato Razak Tun Sakaran mengingkatkan rakyat agar  kemudahan yang  disediakan kerajaan dimanfaatkan sepenuhnya disamping menjaga kemudahan yang disediakan.


Menurutnya, kemudahan seperti   Dewan Orang ramai, Balai Raya, Balai Budaya gelanggang futsal dapat memberi peluang kepada komuniti setempat berkumpul melaksanakan pelbagai aktiviti sementara gelanggang permainan membolehkan  golongan belia untuk bergiat lebih aktif dalam pelbagai program kesukanan selain mengelak mereka daripada melakukan perkara tidak berfaedah.

“Kerajaan sentiasa memandang berat keperluan rakyat setempat,sebagai contoh pembinaan Balai Budaya mengantikan Balai Raya di kampong  Senallang Lama ini bukan sahaja dapat dijadikan tempat untuk  lokasi program program resmi kerajaan namun  boleh dijadikan tempat bagi penduduk kampong berkumpul untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakat,agama, pendidikan dan sebagainya” katanya ketika berucap merasmikan Balai Budaya Kampung Senallang Lama dekat sini kelmarin.


MESRA...Razak bersalaman dengan penduduk setempat sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut

Razak yang juga Ketua Penerangan Umno Bahagian Semporna turut melahirkan harapan agar pemimpin, ketua masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta semua penduduk bersama-sama menjaga kemudahan tersebut dengan sebaiknya.

“Saya juga berharap agar semua pihak dapat menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menjaga kemudahan ini dan mencari cara untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan” katanya 

“Bagi belia dan penduduk pula, jagalah kemudahan yang ada di kampung anda sebaiknya, gunakan dengan betul dan ikut peraturan supaya kerajaan tidak takut untuk menyediakan lebih banyak kemudahan di kampung masing-masing,” jelasnya.

Menurut Razak pembiaan Balai Budaya tersebut merupakan permintaan penduduk kampong bagi mengantikan Balai Raya  dan merupakan satu usaha Ahli Parlimen Semporna Dato Seri Mohd Shafie Apdal   yang menyediakan peruntukan untuk membina balai budaya tersebut melalui kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah


AMANAT...Razak ketika berucap merasmikan majlis tersebut

Dalam perkembangan yang sama Razak juga meminta penduduk setempat agar terus memperkukuhkan perpaduan bagi menyokong kerajaan Barisan Nasional agar lebih banyak lagi program program pembangunan dapat disalurkan ke kawasan tersebut

Katanya, Pembangunan infrastruktur luar bandar akan terus menjadi agenda utama kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang diterajui Mohd Shafie Apdal sebagai menteri kementerian tersebut

“Inilah  konsep kerajaan BN hari ini “ Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” yang seharusnya mendapat dokongan padu dari rakyat” tegas Razak

No comments:

Post a Comment