Dari Meja Wartawan Kanan
Shaimon S Jumadi
Sabahkinimirror.blogspot.com
CONTOH....kiosk jual jeruk
KEWUJUDAN Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods Services and Tax) GST yang sekarangpun sudah dilaksanakan oleh kerajaan bermula 1hb April ini walaupun pahit terpaksa ditelan, bukan seorang dua orang yang meraih keperitannya malahan seluruh masyarakat di negara ini.
Bagi peniaga yang terbabit seperti di gedung-gedung perniagan seperti Giant, Survey, Shop And Save Thai Chong, Genting Mas Mall, Milimewa Mall, Tesco, dan kedai-kedai lainnya mengenakan GST 6% ke atas barang-barang keperluan harian dan lain-lain atas arahan pihak kerajaan khususnya Kastam dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); mereka kurang mempersoalkan yang mereka telah berdaftar dengan rasminya dengan pihak berwajib.
Malang sekali terdapat beberapa kedai runcit yang kita tidak tahu sama ada mereka berdaftar dengan pihak Kastam atau di sebaliknya mereka terikut-ikut mengenakan caj GST 6% tambahan lagi; banyak barang-barang niaga mereka turut dinaikkan sehingga 80 peratus daripada 30 sen sehingga RM2.00.
Contoh: peniaga khususnya penjaja-penjaja kecil di beberapa kiosk juga terikut-ikut mengenakan caj GST kepada pelanggannya yang membeli barangan mereka.
Seandainya merekapun berdaftar dengan pihak yang berkenaan, orang tak kisah sangat sebab ini salah satu peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kastam dan KPDNKK.
Beberapa orang membuat aduan ke Unit Aduan Awam Sabahkini.Net mendakwa, peniaga menjual jeruk buah-buahan pun mengenakan caj GST tapi apabila pelanggan meminta resit, mereka enggan keluarkan.
Perlu dingatkan para penjaja supaya jangan suka-suka meletakkan GST kepada pelanggan yang hanya membeli tetek bengek seperti jeruk jambu atau lain-lain barangan; jika kamu gagal memberi resit, kalau ada orang buat laporan gambar kamu punya kiosk atau kedai runcit ala kadar, nahas kamu nanti akan dikenakan ambil tindakan oleh pihak Kastam dan KPDNKK jika disabitkan kesalahan denda antara RM15,000.00 hingga RM30,000.00.
Diminta orang ramai jika kamu terasa tertipu oleh mainan para peniaga yang mengambil kesempatan mengenakan GST tanpa resit, kamu jangan segan atau malu rasa takut, buatlah laporan rasmi kepada pihak Kastam atau KPDNKK gambar kedainya atau kiosk.
Sudahlah GST membebankan rakyat ditambah lagi mainan para peniaga memgambil kesempatan dalam kesempitan untuk meraikan keuntungan yang tidak munasabah, ini namanya sudah jatuh ditimpa tangga.
No comments:
Post a Comment