Friday 17 April 2015

Program PROTUNe mampu lahir usahawan berdaya maju - Nasir Sakaran



Oleh: Arshad Hussin


SIJIL TUNAS NIAGA...Pengiran Saifuddin(dua kanan) disaksikan Pairin Intang(kiri)menyampaikan Sijil Program Tunas Niaga kepada wakil Raiyan Sdn Bhd.,Manja (dua kiri) sempena majlis itu di SMK Datuk Panglima Abdullah,Semporna.

SEMPORNA: Pembudayaan keusahawanan melalui Program Tunas Niaga(PROTUNe) dalam kalangan pelajar sekolah merupakan satu usaha yang mampu melahirkan modal insan yang berwibawa dan berdaya saing dan maju dalam bidang perniagaan pada masa hadapan. 


Selaras dengan itu, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah(SEDCO), komited dalam menjadi sebahagian dari watak utama kepada usaha memacu halatuju pembangunan negara menerusi pembangunan ekonomi manusia melalui PROTUNe.


PENIAGA PROTUNe...Pengiran Saifuddin(duduk tiga kiri) mengabadikan gambar kenangan bersama tetamukhas dan sebahagian pelajar serta peserta PROTUNe SMK Bugaya sempena majlis itu di SMK Datuk Panglima Abdullah,Semporna.

Pengerusi SEDCO Dato Sri Nasir Tun Sakaran, berkata, selain itu ianya juga dapat membimbing diri untuk menjadi usahawan yang mempunyai kemahiran dan teknik selaras dengan inspirasi kerajaan negeri dan persekutuan untuk melihat golongan muda membina masa hadapan yang lebih baik.


PELAJAR PROTUNe...Sebahagian pelajar yang turut memeriahkan majlis itu di SMK Datuk Panglima Abdullah,Semporna.

Katanya, PROTUNe ini  juga dapat membimbing golongan muda termasuk para pelajar merekacipta produk atau perkhidmatan perniagaan.

Nasir berkata demikian sempena  merasmikan Program Tunas Niaga (Protune) di SMK Abdullah Semporna. Teks ucapan beliau disampaikan Pengurus Besar Kumpulan,Haji Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir.

Nasir yang juga Wakil Rakyat Senallang, berkata penganjuran program Protune merupakan program yang baik dalam  memberi pendedahan awal kepada generasi muda mengenai keusahawanan.


SOKONGAN MORAL...Sebahagian tetamu undangan dan pelajar-pelajar sekolah turut memberikan sokongan moral sempena majlis itu di SMK Datuk Panglima Abdullah.

Sehubungan itu, beliau berharap agar sekolah menengah yang terpilih dapat memanfaatkan peluang itu sepenuhnya dengan memyertai secara pro aktif program PROTUNe bagi memastikan mereka mampu memberikan saingan produk atau perkhidmatan yang boleh dibanggakan pada masa hadapan.

Sementara itu rata-rata peserta yang menyertai program tersebut menyifatkan sebagai program yang baik dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran terutamanya dalam bidang keusahawanan. 

2 comments:

  1. Air Conditioner AirCon Cleaning - Sanitair™ offers customers a nationwide 12 month mould free guarantee. Breathe easier with Sanitair’s split system service & split system cleaning.

    ReplyDelete
  2. Australian Job Search Our employment marketplaces are focused on facilitating the matching between job ReConnect-In ers and employment opportunities, and helping hirers find candidates for advertised roles.

    ReplyDelete