Monday 20 April 2015

Sebarang Perbalahan Dalaman Untuk Kekuatan Parti - Mahmmud




AMANAT...Mahmmud ketika berucap merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan  berkelompok pada majlis tersebut


BELURAN:  Dalam keadaan Politik semasa pada ketika ini, sebarang perbalahan dalaman diantara ahli UMNO  perlu dielak sebaliknya ahli perlu bersatu dan berkerja dalam satu pasukan bagi mempastikan Umno kekal relevan  menghadapi cabaran 

Timbalan Ketua Umno bahagian Beluran Mahmmud Ag. Hussin berkata, walaupun  sindrom perbelaharan  dalaman ini  member impak negatif kepada kekuatan parti, namun ianya tetap wujud dalam kalangan ahli UMNO sendiri yang lebih mengutamakan kepentingan sendiri melebihi kepentingan parti.


"Walaupun kita ( ahli dan pemimpin ) tahu yang perbalahan hanya akan mewujudkan perpecahan, tetapi perkara tersebut seringkali tidak kita endahkan dan jika ianya berterusan ia membawa kesan kepada keutuhan parti” katanya ketika berucap merasmikan serentak mesyuarat berkelompok cawangan cawangan Umno di Bilik Mesyuarat Peladang Beluran dekat sini baru-baru ini.

Cawangan cawangan Umno yang mengadakan mesyuarat tersebut terdiri dari Umno Cawangan  Sungai-Sungai Permai,Sungai Baru,Sungai II Beluran,Sungai Nafas Beluran, Muanad I Baru Muanad, Kampung Air Beluran dan Umno cawangan Kampung Air Nelayan Beluran

Menurut Mahmmud yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Sukan Sabah seharusnya, pemimpin dan ahli Umno dalam setuasi sekarang ahli Umno terus bersatu tidak berpecah belah bagi memastikan parti sentiasa kukuh serta kuat apalagi berhadapan dengan musuh dari luar parti.


MEMPENGERUSIKAN...Mahmmud (duduk tengah) ketika mempengerusikan sementara perjalanan mesyuaratt cawangan cawangan tersebut

“Usaha untuk memperkukuhkan parti hanya akan dapat dicapai dengan meningkatkan persefahaman dan perasaan kebersamaan.mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi” katanya.

Sehubungan dengan itu Mahmmud menyeru ahli parti khususnya di bahagian Beluran lebih fokas  dengan melipatgandakan usaha dan kerja yang dilakukan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Kita perlu bergerak dalam satu pasukan elakkan perbalahan dalaman sentiasa memantau dan mendekati ahli di peringkat akar umno dengan memastikan sebarang masalah dan kelemahan dapat diatasi” tegasnya.

No comments:

Post a Comment