Sunday 22 May 2011

131 KAMPUNG WIFI DI SABAH HAMPIR SIAP



Projek mewujudkan 131 Kampung Wifi di Sabah dijangka siap pada hujung bulan ini, kata Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Sabah dan Labuan Bukhari Yahya.

Menurut beliau pada masa sekarang, projek berkenaan yang dilaksanakan di kampung terpilih terutama di kawasan luar bandar sudah 50 peratus siap.

"Apabila siap kelak, penduduk kampung terbabit akan dapat menikmati kemudahan internet dan tidak lagi ketinggalan dalam arus pembangunan teknologi maklumat," katanya.

Berucap pada Majlis Makan Malam SKMM di sini malam tadi, Bukhari berkata projek itu merupakan usaha kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan untuk merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman.

Beliau berkata untuk fasa seterusnya, 300 lagi projek Kampung Wifi akan dilaksanakan di negeri ini.

Katanya penduduk kampung yang mempunyai kemudahan Wifi hanya dikenakan bayaran murah untuk menggunakan perkhidmatan itu.

Katanya bagi Notebook 1Malaysia, SKMM sudah mengagihkan sebanyak 49,800 buah di negeri ini yang kebanyakan penerimanya adalah golongan pelajar.(BERNAMA)

2 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Boleh tak sebutkan nama-nama kampung yang terlibat dengan program wifi ini. Kita mengharapkan agar projek ini bukan projek pilihanraya, dan projek yang hanya memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. yes, saya juga berminat nak tahu which is area2 mana yg akan terlibat sama dengan perkhidmatan kampung wifi ni. and, nak tahu juga bila projek ni akan siap dan sedia utk dipakai.

      Delete