Wednesday 25 May 2011

BN LANCAR UGUTAN, RAKYAT TELUPID KEBULURAN?



Oleh : TULUN TINARU

PENAHANAN kuota program Beras Nasional (GSR 15%) bagi bulan Mei 2011 untuk daerah Telupid oleh Ketua Pengarah Pengawalan Padi Dan Beras, adalah tidak munasabah dan menyusahkan rakyat miskin yang tidak mempunyai tanah dan bergantung pada beras subsidi.

Perbuatan menahan beras subsidi ini secara tidak beretika dan tanpa pertimbangan yang sewajarnya dari sebuah kerajaan yang berkonsepkan 1Malaysia dan berlagak seperti regim kuku-besi yang langsung tidak memberi peluang, peringatan atau amaran untuk membuat sekatan ke atas bahan keperluan penghidupan manusia.

Rakyat setempat sungguh kecewa dan mungkin mati kelaparan terus mengutuk perbuatan yang tidak berperikemanusiaan berbanding dengan kesalahan pemborong menggunakan kampit sendiri dengan pelekat BERAS NASIONAL 15%.

Adakah kesalahan ini berbaloi untuk menghukum ribuan penduduk miskin di Daerah Telupid? Adakah polisi Beras Nasional mempunyai peraturan lalai? Penghakiman seharusnya diukur dengan ‘Kesan Sampingan’ dan bukan dengan ‘Emosi Peribadi’.

Masyarakat Pengguna di Daerah Telupid minta penyelesaian yang positif ke atas kes ini dengan kadar yang segera.

11 comments:

  1. The people must vote smart in the next GE.

    ReplyDelete
  2. Who are these 1 Malaysia agency?

    ReplyDelete
  3. harap penjelasan akan dapat diberikan berhubung pekara ini.

    ReplyDelete
  4. perkara ini harus diselesaikan dengan segera atau penduduk Telupid dibiarkan mati kebuluran. rasanya kebanyakan tanah di Telupid ditanami dengan kelapa sawit. walaupun mungkin mereka menanam padi sendiri, ia pasti tidak mmencukupi untuk menampung 1 keluarga kerana ia secara kecil-kecilan. apa lagi menampung sedaerah Telupid.

    ReplyDelete
  5. Kalau benar perkara ini berlaku. Bukankah ini akan membuat penduduk menderita. Siapa yang akan susah kemudian hari nanti? Fikirlah dulu sebelum bertindak.

    ReplyDelete
  6. Someone need to explain this...this will cause the BN image tarnish just because someone responsible to control all this subsidy rice decided not to release it to the people for unknown reason....

    ReplyDelete
  7. penjelasan perlu diberikan kenapa penahanan tersebut dilakukan, jgn biarkan penduduk terhimpit.

    ReplyDelete
  8. "Penghakiman seharusnya diukur dengan ‘Kesan Sampingan’ dan bukan dengan ‘Emosi Peribadi’."

    penghakiman juga perlu mengambilkira penjelasan disebelah pihak, bukannya terus membuat serangan menggunakan emosi..

    ReplyDelete
  9. serangan mengikut emosi adalah daripada rakyat yang kelaparan dan bukan daripada hakim yang kaya-raya seperti 'rebirth' yang tidak kenal penderitaan..

    ReplyDelete
  10. art431.. kalau kau bergantung dengan bantuan seumur hidup.. na seumur hidup la kau emosi..

    ReplyDelete