Oleh: MUTALIB M.D
KERAJAAN Negeri Sabah berharap agar Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengambil kira kepentingan dan keselamatan rakyat Sabah dalam apa juga pelaksanaan projek pembangunan termasuk Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).
Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun ketika dihubungi Sabahkini.net mengesahkan Kerajaan Negeri Sabah di peringkat akhir merumuskan kerangka tindakan pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah lambakan logam berat seperti plumbum di Sabah secara holistik dan kesejagatan.
“Kita harapkan KKLW akan memasukkan salah satu syarat utama dalam dokumen tender bahawa sistem elektrik solar hendaklah menggunakan bateri mesra alam. Ini perlu bagi memperketatkan penggunaan bateri asid plumbum dalam semua bateri bagi mengurangkan risiko keracunan plumbum kepada penduduk setempat,” ujar Masidi dengan nada insaf ekoran kesan ketara kajian keracunan plumbum kanak-kanak tadika Pantai Barat Sabah pada 1996.
Kata Masidi, sudah sampai masanya bagi Sabah dan Malaysia amnya, mengambil langkah berani untuk beralih kepada penggunaan bahan-bahan dan perkakasan kemudahan asas yang memberi penekanan kepada keselamatan dan kesihatan pengguna.
“KKLW wajib mempastikan keserasian semua sistem BELB lestari alam sekitar dan Kerajaan Persekutuan dan Negeri harus memulakan peralihan ini agar pihak swasta pula akan mengikuti jejak langkah Kerajaan,” kata Masidi yang membayangkan kemungkinan mengeluarkan dasar khusus berhubungan isu ini sejajar dengan ketetapan Basel Convention yang diterima pakai di Malaysia.
Masidi menekankan, Sabah kini masih dalam peringkat konsultasi dengan semua 'stakeholders' bagi memastikan dapat memperkenalkan dasar dan peraturan yang boleh diterima umum.
“Visi kita ialah mahu melihat Sabah menjadi peneraju kepada penggubalan dasar-dasar yang mesra alam dalam semua aspek pembangunan. Penggubalan dan perlaksanaannya juga harus seiring dengan tahap kesediaan industri dan penduduk tempatan mematuhi peraturan-peraturan tersebut,” ujar Masidi yang mengakui pencemaran plumbum di Sabah pada tahap serius namun agak terkawal.
Apa yang perlu dibuat sekarang kata Masidi, ialah mendidik masyarakat mengenai bahaya pencemaran bateri asid plumbum kerana kesedaran ini dengan sendirinya akan memaksa industri yang berkaitan untuk membuat perubahan drastik berhubung penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.
“Kementerian saya sendiri akan mengambil langkah proaktif dengan menukar power generator secara berperingkat di beberapa kawasan di bawah jagaan Taman Sabah kepada genset yang mesra alam dan dalam masa yang sama menjimatkan kos penyelenggaraan,” kata Masidi penuh yakin dengan hala tuju kementerian dan kerajaan negeri Sabah.
The lead acid pollution is very harmful for the environment and also the the people's health. Hope that the government will ban the usage of this sort of batteries for the health and safety of the people.
ReplyDeleteSabah should consider using green technology for power generating to preserve our environment so that it will be more attractive to tourists at the same time.
ReplyDeletejika bateri asid plumbum ni berbahaya, hentikan saja penggunaannya dan cari alternatif lain yang lebih mesra alam untuk menggantikan bateri ini.
ReplyDeleteSiapa kata kerajaan negeri tak buat apa2 dalam isu bateri asid plumbum ini? jgn sangka berdiam diri bererti tak buat apa2..ini la buktinya...go Datuk Masidi go!
ReplyDeleteSaya setuju dengan Datuk Masidi yang kita seharusnya berani untuk mencari sumber lain yang lebih selamat.
ReplyDeleteJika sudah diketahui bahawa sesuatu itu tidak selamat, boleh lah gantikannya kepada bahan yang lebih sesuai.
ReplyDeleteHentikan segera penggunaan bateri plumbum yang mampu membahayakan keselamatan. Cari jalan supaya bahan yang lebih sesuai dapat ditemui.
ReplyDeleteHarap hal ini akan dapat diselesaikan secepatnya demi kebaikan bersama.
ReplyDeleteya, sebaiknya bateri mesra alam yang digunakan. itu lebih selamat.
ReplyDeleteSaya sokong. Haramkanlah pengunaan bateri plumbum. Jangan sampai kemudian hari memberi kesan yang buruk kepada penduduk dan rakyat.
ReplyDeleteBenar, Menteri KKLW haruslah memastikan tender yang diberikan pastikan bahan elektrik yang akan digunakkan tiada bahan yang boleh memberi kesan kepada pengguna. Harap sangat Menteri KKLW memeikirkan hal ini. Kerana kesannya adalah kepada para pengguna.
ReplyDeleteisu bateri plumbum telah lama dibangkitkan, jika dah sah ia berbahaya, hentikanlah penggunaannya.
ReplyDeletesemua ahli2 politik dan juga kementerian wajar mencontohi Datuk Masidi dan mencari penyelesaian kepada masalah2 yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini.
ReplyDelete