Friday 27 May 2011

KENAPA POLIS TUTUP KES YUSOF MAHAL?



Oleh: SURIATI MAHMUD

KETUA Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat Semporna, Azizul @ Ajijul Sanarul, mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan kenapa polis tidak menjalankan siasatan terhadap laporan polis yang beliau buat pada 2008 berhubung Skandal Seks Ahli Parlimen Labuan berdasarkan pendedahan Malaysia-Today.net.

Menurut Azizul, beliau membuat laporan polis pada 30 Julai 2008 di Balai Polis Semporna, namun sehingga kini beliau tidak dimaklumkan keputusan siasatan polis berhubung laporan yang beliau buat dan dipercayai polis telah menutup kes berkenaan.

Sehubungan itu, Azizul menggesa Tan Sri Ismail membuka semula laporan polis beliau, SED/RPT/3502/08 yang menyatakan bahawa;

“Pada Lebih kurang jam 4.00 petang, saya terbaca laporan laman web Malaysia-Today.net di sebuah kafe siber bertajuk 'Skandal Seks Ahli Parlimen Labuan'. Saya membuat laporan ini supaya polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Labuan mengambil tindakan di bawa undang-undang jenayah terhadap Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yusof Mahal kerana bersekedudukan dengan Norazlina Asaplee sejak tujuh tahun lalu dan bersubahat melakukan pengguguran haram.”

“Memandangkan kes ini adalah kes jenayah, maka demi menjaga maruah UMNO yang semakin tercalar ekoran tindakan pemimpin yang tidak Islamik dan khianat kepada bangsa sendiri, maka saya menggesa agar siasatan menyeluruh diadakan segera,” kata Azizul yang percaya Skandal Seks berkenaan masih berlaku sehingga kini.

Berikut ialah Risalah yang diedarkan oleh Cawangan Tampi-Tampi Darat untuk ahlinya dan diserahkan sesalinan kepada Sabahkini.net untuk dipaparkan kepada umum bagi memberi pengajaran kepada semua pihak agar menghindarkan diri daripada sebarang skandal yang memalukan Negara.

(Sila Klik Imej Untuk Lebih Jelas)



































































































































































































13 comments:

  1. Hope that the police will step out and explain this issue.

    ReplyDelete
  2. Uishh kalau iya pun jgn la sampai buat buletin...ini bukan mencari kebenaran lagi, tapi mcm balas dendam pula...

    ReplyDelete
  3. Shouldn't just close Yusuf Mahal case. If find guilty,action must be taken against him.

    ReplyDelete
  4. Police need to explain to the people why they close it.

    ReplyDelete
  5. The people deserves to know the truth.

    ReplyDelete
  6. penjelasan perlu diberikan berhubung pekara ini.

    ReplyDelete
  7. Penjelasan seharusnya diberikan. Jika tidak rakayt akan sentiasa menanti jawapan dari pihak berkuasa berkaitan dengan hal ini.

    ReplyDelete
  8. isu ini sepatutnya disiasat oleh polis sehingga selesai.jika didapati bersalah maka layaklah Yusof Mahal dikenakan tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
  9. kes ini mgkin ditutup mgkn kerana tiada bukti ats pendakwaan ini.

    ReplyDelete
  10. Susah kalau bukti tidak begitu kuat untuk menuduh seseorang. tapi pihak polis pasti mencari jalan lain untuk mencari sumber boleh menyabitkan kesalahan Yusof.

    ReplyDelete
  11. lagilah nama parti tercemar jika tidak ada apa2 tindakan dikenakan terhadap ahli parlimen ini.. seolah2 parti membenarkan ahli2nya melakukan aktiviti haram. baik ambil tindakan, sekurang2nya dengan cara itu imej parti tidak turut terjejas..

    ReplyDelete
  12. kalau teda tau cerita sebenar..jgn berdolak dalih menhebohkan cerita buruk terhadap org yang sentiasa ingin menolong rakyat dan kaum nya sendiri.. benar la kata pepatah melayu ..melayu sendiri menjatuhkan kaumnya sendiri..

    Kepada sesiapa yg menhebohkan fitnah ini.. percayalah Allah itu maha Adil... seburuk2 dosa.. dosa memfitnah org adalah dosa yg maha besar... sesiapa yg tidak tahu menahu hal sebenar.. cukup setakat ini saja.. jangan la diri membabitkan diri dengan fitnah yg ternyata sudah dibuktikan fitnah semata2..

    Jangan pula semata2 kata sekecil gini, akan melibatkan anda dengan dosa yang tiada penghujungnya...

    setiap kali ada pemimpin baru.. begini la cerita nya ..fitnah dan tohmahan di lemparkan begitu saja..hanya menyedapkan berita.. melariskan newspaper.. tanpa usul periksa.. yg lainnya pula memberi komen menambahkan api ..menyebarkan fitnah keburukan yg belum tentu nyata.. huh..

    sabahkini saja nama blog..tapi ini kah pemikiran org2 sabah yg perlu di contohi oleh generasi baru.. akan jadi ikutan generasi akan dtg? .. taunya menghebohkan cerita fitnah... see in court...

    ReplyDelete
  13. sebab itu diwujudkan ruang komen disini. sekiranya sdr admin tahu cerita sebenar, tolong ceritakan kepada semua pengunjung2 blog ini bahawa semua ini adalah fitnah. ketiadaan sumber untuk menafikan tuduhan diatas amat sukar untuk kami membuat pertimbangan..

    ReplyDelete