Monday, 30 May 2011

KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN CHIN!



Oleh : LEONG KAU SING

KETIKA rakyat Sabah sibuk menyambut Perayaan Pesta Menuai dan menyambung cuti hujung minggu selama dua hari lagi (30-31 Mei), Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin turut tersenyum bersama lima lagi tokoh lain yang mewakili parti masing-masing mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara hari ini (Isnin).

Ura-ura perlantikan Chin sebelum ini menjadi kontroversi, namun tiada bantahan rasmi yang diterima daripada BN Sabah menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merestui perlantikan Chin bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan Datin Naomi Chong.

Dengan perlantikan Chin sebagai Senator Dewan Negara, pemerhati politik Sabah yakin isu penentangan Chin akan semakin reda; sebaliknya aura politik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan semakin bertambah kukuh kerana memberi gambaran Najib merestui beliau bagi mengimbangi kekuatan Musa Aman di Sabah.

Perlantikan Chin dianggap sebagai ‘memberi isyarat lampu hijau’ kepada Shafie untuk mara setapak lagi bagi melestarikan cita-citanya untuk menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah dengan sokongan ekonomi yang kukuh daripada Chin yang mungkin ditawarkan beberapa jawatan penting di kementeriannya.

Namun persoalannya, apakah Musa Aman hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri setelah Chin dilantik sebagai Senator dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjentik hidungnya apabila membuat kenyataan terbuka bahawa ‘Perang Dingin’ menjadi punca Azman digantikan dengan Awang Kadin Tang?

No comments:

Post a Comment