Friday 27 May 2011

JOM PENSIANGAN BERSAMA KHAIRY



Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

LEBIH dari 600 orang terdiri dari perwakilan dan pemerhati dijangka akan menghadiri persidangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom yang akan diadakan pada ahad ini, bermula jam 2.00 petang bertempat di Dewan Masyarakat Datuk Seri Panglima Antenom, Tenom.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar (gambar) berkata, majlis perasmian persidangan tersebut dijangka akan disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang pada sebelah pagi akan merasmikan persidangan pergerakan Pemuda Umno bahagian Keningau dan selepas itu akan beredar ke daerah Nabawan untuk bersama-sama rakyat khususnya pemuda dalam program Jelajah One Malaysia (JOM) dan Pesta Kaamatan di kampung Panagatan Pensiangan.

Menurut Jamawi selepas merasmikan persidangan Perwakilan Pemuda Umno bahagian Tenom Khairy juga akan bersama-sama rakyat di Tenom dalam program JOM bagi memberikan peluang kepada anggota pemuda dapat bersama-sama dalam program yang telah diatur bersama kepimpinan pemuda disamping dapat mendengar penjelasan isu isu semasa yang akan dijelaskan oleh Khairy semasa program tersebut.

Ketika diminta mengulas persidangan perwakilan Pemuda Umno bahagian Tenom kali ini, Jamawi yang juga exco pergerakan Pemuda Umno Malaysia berkata pelbagai isu akan dibahaskan pada persidangan kali ini antara pendidikan, agama, sosial ekonomi dan politik.

"Kita akan bahaskan isu-isu ini secara menyeluruh khususnya dalam bidang pendidikan, agama dan politik terutamanya dalam membincang isu persediaan pergerakan pemuda Umno bahagian itu menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang," katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta agar perwakilan pemuda yang akan menghadiri persidangan kali ini melihat persidangan kali ini sebagai platfrom yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam membincang isu-isu semasa kerana pandangan pemuda di peringkat akar umbi akan diambil kira, khususnya dalam memantapkan arah serta perjuangan parti menghadapi cabaran mendatang.

"Sebagai sayap kanan parti dan pemimpin pelapis kita (pemuda) perlu melihat peranan serta sumbangan kita terhadap usaha memperkukuhkan parti di semua peringkat kepimpinan parti kerana kita perlu melakukan persediaan lebih awal bagi mempastikan parti Umno terus relevan dan mendapat sokongan rakyat," tambah Jamawi.

8 comments:

  1. Khairy is a more matured politician nowadays. Its good to give more support to him.

    ReplyDelete
  2. ini langkah yang baik dan Khairy dapat melihat sendiri keperluan yang perlu diperjuangkan di kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  3. semoga kedatangan Khairy akan memperkukuhkan lagi sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  4. harap kedatangannya dgn kedatangannya ke Persiangan, dia dpt lihat sendiri keadaan Persiangan dapat dpt cari alternatif untuk majukan lagi kawasan Persiangan.

    ReplyDelete
  5. Semoga sambutan mengalakkan untuk pemuda UMNO dikawasan tersebut.

    ReplyDelete
  6. Nampaknya Khairy mempunyai semangat yang mantap untuk menghadapi PRU13.

    ReplyDelete
  7. usaha Khairi dalam memantapkan parti patut dihargai oleh semua pemimpin umno termasuk pemimpin tertinggi. good luck!!

    ReplyDelete