Monday, 23 May 2011

BUKU JINGGA JAMIN KEBAJIKAN RAKYAT


Oleh: FAIZAL OKADAU

PAKATAN Rakyat mesti diberi peluang untuk mengambilalih pentadbiran negara ini daripada terus diperintah Barisan Nasional yang ternyata gagal mengurus khazanah negara dengan baik. Rakyat marhain semakin tertekan dengan kenaikan harga barang dan harga sumber tenaga seperti minyak. Malah, rakyat juga semakin kehilangan khazanah bumi seperti balak dan tanah.

"Pakatan Rakyat telah menandatangani janji dan keazaman dalam Buku Jingga untuk memberi kebajikan kepada rakyat dan memasti rakyat mendapat hak yang sepatutnya". Tegas Ketua Pembangkang juga ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah di Dewan Yu Yuan, Sandakan.

"Kita tidak perlu menunggu 100 hari untuk menurunkan harga minyak sekiranya kita memerintah. Malah penurunan harga minyak yang keuntungannya mencecah 90 bilion, akan dijadikan agenda penting setelah Pakatan Rakyat memerintah," ucap Anwar yang disambut tepukan gemuruh daripada lebih 3,000 orang yang melimpah keluar Dewan Yu Yuan.

Anwar juga turut menegaskan kebocoran dalam mengurus dana negara menyebabkan subsidi terpaksa ditarik daripada rakyat. Rakyat terus dibebankan bukan hanya sekadar benanan cukai malah masalah rasuah yang menganggu dan menekan para peniaga khususnya peniaga Cina.

Beliau turut mempersoalkan kehilangan 52 bilion rezab Melayu yang dikendalikan oleh pemerintah yang berteraskan parti Melayu. Rakyat sepatutnya curiga dengan kekayaan melampau anak bekas Perdana Menteri, Mohzani Mahathir dan Adik Perdana Menteri, Nazim Razak kerana kekayaan mereka berlaku ketika bapa dan abang mereka di puncak kuasa.

"Untuk pilihanraya yang akan datang, rakyat mesti memilih Pakatan Rakyat untuk memimpin negara. Kita bukan sekadar ingin mengubah pemimpin tetapi mesti mengubah sistem pemerintahan yang korup, rasuah dan menindas kepada sistem yang lebih telus dan mengutamakan rakyat," jelas Anwar disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

No comments:

Post a Comment