Thursday, 26 May 2011

INKUIRI NASIONAL TANAH ADAT DI SABAH



SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan mengadakan satu Inkuiri Nasional mengenai pencabulan hak asasi Orang Asal dan Asli ke atas tanah adat mereka di Sabah dari 17 Jun hingga 5 Julai ini.

Suhakam dalam kenyataan hari ini berkata inkuiri itu akan mengkaji punca sebenar masalah berkaitan hak tanah adat secara meluas daripada perspektif hak asasi manusia dan akan mengesyorkan langkah penyelesaian bersesuaian terhadap masalah ini.

"Sehingga kini, Suhakam telah merekodkan lebih 1,000 aduan berhubung pencabulan ke atas tanah adat di mana Sabah mencatatkan aduan tertinggi iaitu 834 kes antara tahun 2002 hingga suku pertama tahun ini, diikuti Sarawak, 229 kes dan Semenanjung, 45 kes," kata kenyataan itu.

Beliau berkata proses inkuiri itu akan bermula dengan satu siri konsultasi bersama pihak-pihak yang berkepentingan di Sabah meliputi hampir kesemua daerah termasuk Tambunan, Tenom, Nabawan, Pensiangan, Sipitang, Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Ranau, Kota Belud, Papar, Kuala Penyu, Beaufort, Kudat, Pitas, Paitan, Lahad Datu, Kunak, Tawau, Semporna, Kota Marudu, Kinabatangan dan Beluran.

Suhakam juga dalam kenyataan itu menasihatkan orang awam yang akan mengemukakan penghujahan mereka semasa siri konsultasi ini supaya membawa geran atau permohonan geran, gambar-gambar, peta dan surat-surat berkaitan sebagai bukti. (BERNAMA)

7 comments:

  1. Hope that the Orang Asli rights will be protected.

    ReplyDelete
  2. harap isu tanah yang berlaku akan diselesaikan dan kepentingan semua dapat dijaga dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  3. Sia harap inquiry ini dijalankan tanpa sebarang pengaruh politik sama ada dari pihak kerajaan atau pihak pembangkang...biarkanlah Suhakam jalankan tugas mereka dalam keadaan neutral...

    ReplyDelete
  4. pastikan penduduk membawa bukti semasa inkuiri tersebut.

    ReplyDelete
  5. masalah berkaitan hak tanah ini harus diberi perhatian dan diselesaikan.

    ReplyDelete
  6. penduduk yang telah menjadi mangsa perlu menggunakan saluran yang telah tersedia.. jangan sesekali menggunakan pendekatan demo sebagai jalan penyelesaian..

    ReplyDelete
  7. Kenang JASA merika yang telah PERGI....W

    ReplyDelete