Tuesday 31 May 2011

PENGUSAHA PERLU GUNA FERI RO-RO DI LABUAN



DUA pengusaha feri yang baru dilantik untuk menyediakan perkhidmatan bagi laluan Labuan-Menumbok-Labuan harus menggunakan feri jenis RO-RO dan bukan jenis kapal pendarat.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata kelewatan dua pengusaha itu untuk memulakan operasi di laluan itu bukan disebabkan oleh kementerian sebaliknya jenis feri yang tidak mendapatkan kelulusan.

Feri jenis RO-RO yang merupakan singkatan untuk 'Roll-on/Roll-off' digunakan di mana kargo dalam bentuk kenderaan atau pakej beroda yang dipandu untuk memuat atau memunggah kargo ke atas atau dari kapal.

"Pengusaha mahu menggunakan feri pendarat dan bukan RO-RO. Oleh sebab soal keselamatan, Jabatan Marin tidak boleh meluluskan penggunaan feri pendarat," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Kong berkata demikian ketika mengulas gesaan kerajaan Sabah supaya segera menyelesaikan isu itu yang mengakibatkan kelewatan operasi dua pengusaha feri tersebut bagi laluan berkenaan.

Pada 9 Mei lalu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata penangguhan operasi itu, meskipun telah mendapat kelulusan untuk beroperasi sejak Januari lepas telah menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna di Labuan dan Sabah.

"Tiada masalah bagi pihak kerajaan Sabah, tetapi ia adalah bagi pihak Kementerian Pengangkutan yang masih belum membuat keputusan, menyebabkan operasi syarikat itu tertunda," katanya.

Bagaimanapun, Kong menegaskan pihaknya tidak mempunyai niat untuk melewatkan perkhidmatan itu dengan syarat pengusaha menggunakan kapal yang diluluskan.

"Sekiranya dua pengusaha itu menggunakan feri jenis RO-RO, kita akan memberi kelulusan segera. Bagaimanapun, pengusaha tersebut telah membuat rayuan," katanya.

Syarikat Mainland Link (LML) Sdn Bhd yang berpangkalan di Labuan dan syarikat Juta Bonus Sdn Bhd dari Sabah mendapat kelulusan kerajaan negeri Sabah untuk menyediakan perkhidmatan di laluan itu.

Tindakan itu diambil selepas menerima banyak rungutan terhadap syarikat pengendali perkhidmatan feri sedia ada, Labuan Ferry Corporation (LFC), yang didakwa telah memonopoli perkhidmatan feri sejak satu dekad yang lalu.

Hak pendaratan adalah di bawah kawalan kerajaan negeri tetapi pengeluaran lesen untuk perkhidmatan feri beroperasi adalah bawah bidang kuasa kerajaan pusat. (BERNAMA)

2 comments:

  1. siapa pemegang syer Juta Bonus Sdn Bhd ?

    ReplyDelete
  2. Coral rock may be an alternative in many PICs, although use of calciumcarbonate or sodium hydroxide is preferred. The ups backup batterycoral rock to be used shouldbe dead coral, preferably washed ashore which can be crushed finely andadded to the liquid requiring neutralization. If the ro ck is to be used, it shouldbe crushed into very small particles to increase the surface area so that the neutralization reaction can proceed as fast as possible. If large particles areadded to the acid it may take a lot longer for the same neutralization level tobe reached.

    ReplyDelete