Saturday 28 May 2011

CABUT KERAKYATAN SULTAN SULU



PERGERAKAN Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) meminta pihak berkuasa menyiasat status kerakyatan Datu Mohamad Akjan Datu Ali Muhamad yang mengisytiharkan dirinya 'Sultan Sulu', sebelum tindakan lanjut diambil.

Ketuanya Datuk Jahid Jahim berkata ini kerana wujud keraguan berkenaan identiti Datu Akjan sama ada beliau rakyat Malaysia tulen atau pendatang dari Filipina.

"Saya percaya isu sebenar dalam kes ini bukan mengenai kesetiaan Datu Akjan tetapi keraguan berkenaan identiti dan status kerakyatannya," katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu.

Jahid berkata Pemuda PBS membangkitkan isu itu berasaskan laporan akhbar bahawa Datu Akjan yang pernah menjadi budak pencuci kereta, tiba di Sabah dengan status pelarian Filipina, dan kini merupakan warganegara Malaysia serta ahli perniagaan berjaya.

Dalam pada itu katanya, Pemuda PBS menyokong penuh gesaan agar kerakyatan Datu Akjan dilucutkan jika benar beliau rakyat Malaysia, kerana tindakannya mengisytiharkan diri sebagai 'Sultan Sulu' adalah penderhakaan besar terhadap negara ini.(BERNAMA)

12 comments:

  1. Akjan telah melakukan kesalahan yg besar. Oleh itu, teramatlah elok jika beliau didakwa & dijatuhi hukukman yang berat kerana soal keselamatan & kedaulatan negara tak boleh dibuat main2...

    ReplyDelete
  2. He should be detained under ISA for a few years before cancelling his citizenship.

    ReplyDelete
  3. Memang patut pun, tapi sudah tangkap kasi lepas. Apa la kejadian macam tu. Bikin panas ni.

    ReplyDelete
  4. setuju, jika benar seperti dikatakan, Akjan patut dikenakan hukuman tegas.

    ReplyDelete
  5. bagaimana pula dia mendapat status sebagai warganegara Malaysia?memang patut lah kerakyatan dia ni dilucutkan. sudahlah pernah ditahan di bawah ISA sebab jual IC sama warga asing, sekarang pula mengaku diri sebagai Sultan Sulu. hairan juga macam mana orang boleh percaya dengan dia ni

    ReplyDelete
  6. action should be taken against him..

    ReplyDelete
  7. ya..cabut saja kerakyatan dia..tgk muka pun sudah tahu bukan orang sabah tulen..

    ReplyDelete
  8. Akjn tidak setia dgn negara, dia mmg patut dikenakan hukuman yang berat.

    ReplyDelete
  9. nampaknya masalah akjan sekarang ini semakin membimbangkan. Harap kerajaan tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini bagi menjawab apa yang dikehendaki oleh sesetengah pihak dan rakyat.

    ReplyDelete
  10. tindakkan yang serius sepatutnya yang perlu diberikan kepada Akjan dengan apa yang berlaku terhadap diri beliau.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. kalau tidak mahu lebih ramai sultan tidak rasmi di Sabah, baik ambil tindakan cepat2 terhadap Akjan..

    ReplyDelete