Sunday 22 May 2011

GEJALA PATI ROKOK HARAM, SINONIM



Saudara Pengarang,

PENJUALAN rokok seludup oleh pendatang asing tanpa izin makin parah sekarang ini. PATI bebas menjual di kaki-kaki lima kedai tanpa mengira tempat. Sama ada pekan atau bandar sama sahaja. Beginilah kisah penjualan rokok seludup di kaki lima kedai Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan banyak lagi.

Harapkan penguatkuasa seperti Polis, Jabatan Kastam dan Dewan Bandaraya atau Majlis Daerah? Mereka lagi disuap dengan pemberian rokok percuma oleh anak-anak PATI yang menjual rokok.

Pernah sekali belaku di hadapan mata saya, seorang anggota keselamatan berpakaian uniform hitam menaiki motorsikal berhenti di depan kedai ‘More Change’, Kota Marudu kononnya membeli air minuman.

Tetapi tiba-tiba ada seorang budak penjual rokok seludup memasukkan sekotak rokok di dalam raga motosikannya sewaktu anggota itu hendak bergerak. Tanpa berkata apa-apa, anggota itu terus saja memandu motosikalnya pergi. Siapakah dia dan apa pula nasib kita?

Salam Hormat,

SARDOTCOM

No comments:

Post a Comment