Friday 27 May 2011

JKR BUTA ATAU PEMIMPIN KDCA MABUK?



Oleh: JOHN BANNAD

HANYA tinggal tidak sampai tiga hari sahaja lagi rakyat di Sabah akan menyambut Perayaan Pesta Menuai, namun bagaikan ada sesuatu yang tidak kena apabila ada isu yang dipandang kecil tetapi memberi kesan besar kepada para pengunjung terutama kanak-kanak dan orang cacat penglihatan.

“Saya tidak tahulah sama ada JKR buta atau pemimpin KDM yang menganjurkan pesta ini mabuk sebelum minum tapai kerana terdapat lapan penutup longkang di pintu masuk ke KDCA hilang atau pecah tetapi belum diganti,” kata Elbert Ampakil, seorang pegawai kerajaan yang meminta agar gambarnya tidak disiarkan.

Menurut Elbert, beliau telah memaklumkan isu ini kepada jawatankuasa penganjur tetapi mereka mengatakan di luar bidang tugas KDCA dan harus dirujuk kepada JKR untuk pembaikan.

“Jadi saya terpaksa mengadu kepada Sabahkini.net untuk menyiarkan isu kecil tetapi memberi besar makna jika ada pengunjung cedera, maklumlah kalau sudah mabuk tapai, jalan ratapun boleh jatuh, apa lagi kalau penutup loncang tidak ada,” kata Elbert yang meminta kerjasama semua pihak bagi menjamin kelancaran perayaan Pesta Menuai tidak diganggu dengan insiden yang tidak diingini.

10 comments:

  1. JKR should be more sensitive about this sort of damages so that they can take action to resolve it.

    ReplyDelete
  2. JKR perlu lebih peka kepada persekitaran yang perlu dibaik pulih.

    ReplyDelete
  3. This must be corrected before someone get hurt.

    ReplyDelete
  4. JKR must fix this now.. People might walk right into itand get hurt.

    ReplyDelete
  5. harap keadaan tersebut akan diperbaiki secepat mungkin.

    ReplyDelete
  6. wah bahaya ni kerana kalau terjatuh dalam lubang tu boleh cedera parah juga...diharap ada peruntukan khas untuk membaiki longkong ni...

    ReplyDelete
  7. sepatutnya ia sudah lama diperbaiki kerana ini adalah kawasan awam.sepanjang masa digunakan

    ReplyDelete
  8. perbaiki demi keselamatan org ramai.

    ReplyDelete
  9. harap perbaiki masalah ini. Tidak kita ada acara atau tidak. yang pasti keselamatan penguna itu perlu diutamakan.

    ReplyDelete
  10. jawatankuasa penganjur sudah menjelaskan bahawa masalah ini harus dirujuk kepada JKR.. kenapa penulis mengadu kepada Sabahkini pula? kenapa tidak terlebih dahulu meminta penjelasan dari JKR sebelum membawa perkara ini kepengetahuan umum?

    ReplyDelete