Monday 30 May 2011

KAMI TIDAK AKAN UNDI CALON BN LAGI!



GRAVEL.....Jalan berbatu kelikir sejauh lima kilometer menuju ke kampung Pinangkau, Paitan menyebabkan Jeffrey sepakat enggan memberi undi kepada pemimpin BN.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KINI sudah Rancangan Malaysia Ke-10, namun 360 penduduk Kampung Piangkau, Paitan masih belum mengenal erti nikmat jalan berturap dan merasai keseronokan meniaki kereta proton perdana atau kancil kerana keadaan jalan ke kampung mereka masih seperti 48 tahun lalu.

Kampung yang terletak di DUN Sugut dan Parlimen Beluran ini ternyata bukan saja terperangkap di dalam kedaifan, malahan mereka terpinggir daripada arus perdana pembangunan negara dan terus menjadi pemerhati pembangunan kampung sekitarnya.

Dalam tinjauan Sabahkini.Net ke persekitaran kampung berkenaan yang mengambil masa 3 jam perjalanan dari Telupid, kampung Pinangkau memang benar-benar terpinggir dan tidak kelihatan satupun kemudahan asas yang disalurkan seperti berkalan air, elektrik, balairaya, rumah ibadat, klinik dan juga jalan raya.

Salah seorang penduduk kampung berkenaan, Jeffry@Tembaga bin Makunya, 50, semasa ditemu bual menjelaskan sejak Sabah 48 tahun lalu, mereka tidak pernah mengecap erti pembangunan.

“Kami hanya menerima janji daripada wakil rakyat dan pegawai kerajaan yang sekali sekala datang melawat ke kampung ini, tetapi begitulah. Habis pilihanraya semua senyap dan kami terus dibohongi bila tiba waktu pilihanraya lagi,” ujar Jeffrey yang juga seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Pinangkau.

Tambah Jeffrey, Wakil Rakyat Sugut dan Ahli Parlimen Beluran tidak pernah sama sekali masuk kampung untuk menjenguk mereka yang menderita kerana kemiskinan dan kos hidup yang tinggi sekalipun mempunyai tanah untuk bercucuk tanam, tetapi sukar mengeluarkan hasil kerana masalah perhubungan.

“Seperkara lagi yang saya ingin dedahkan di sini, ADUN Sugut sudahpun melantik Ketua Kampung iaitu Toton @Abu Bakar tetapi amat mendukacitakan kerana tidak pandai menjalankan tugas dan peranan sebagai ketua Kampung yang diamanahkan oleh kerajaan. Apa yang dia tahu hanya mengambil gaji RM800setiap bulan tetapi soal kebajikan masyarakat kampung di sini terus diabaikan,” katanya lagi.

DAIF....Penduduk Kg Pinangkau Paitan terus tersisih dalam mengecapi arus pembangunan asas

Kata Jeffrey lagi, tidak dinafikan, Toton pernah membantu para balu dan warga emas di sini kononnya bagi mendapatkan bantuan program E-Kasih, akan tetapi apabila sampai di Pejabat Daerah, lain pula ceritanya kerana Toton memberi tahu kepada pegawai berkenaan bahawa para penduduk kampung hidup dalam serba kemewahan.

“Kami sudah membulatkan tekad bahawa pada pilihanraya umum ke 13 nanti, kami tidak akan mengundi mana-mana calon BN kerana sudah serik. Tiada gunanya kami memberi mandat dan peluang kepada mereka kerana tidak mengenang budi sehingga kami terus tersisih,” tegasnya.

2 comments:

  1. comment saya sebagai penduduk asal kg.pinangkau ialah. memang benar yang di katakan oleh cigu tambaga dan jefry.kami amat dukacita atas calon yang pernah datang ke kampung pinangkau untuk berkempin semata-mata merayu simpati undi kepada pnduduk kg pinangkau,sehingga menabur janji manis kepada kepada penduduk kampung.namun apa yang penduduk kampung dapat ialah habis madu sepah nya di buang.layak ka lagi kita terima pemimpin sebegitu rupa? fikir-fikirkan bersama.

    ReplyDelete
  2. https://sabahkeluarmalaysia.blogspot.com.au/?m=1

    ReplyDelete