Friday 27 May 2011

LEBIH 1,300 KOMPLIKASI GINJAL DI SABAH



SIDANG ..…Lajim (tengah) semasa mengadakan sidang media di majlis tersebut.

Oleh: JAAFAR ABDUL WAHID

JUMLAH pesakit buah pinggang di negeri ini semakin meningkat dari semasa ke semasa dan kini dianggarkan seramai 1,300 orang direkodkan di negeri ini.

Menyedari hakikat itu, Yayasan Buah Pinggang Sabah (YBPS) mengambil inisatif menganjurkan Majlis Malam Amal YBPS untuk mengutip dana bagi mengisi tabung YBPS.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dijangka merasmikan majlis tersebut di Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, 8 Julai depan.

Yang Dipertua YBPS, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin menyatakan perkara itu dalam sidang media di Kota Kinabalu kelmarin

Menurutnya, YBPS mensasarkan kutipan sebanyak RM1 juta sempena majlis amal tersebut dan hasil kutipan tersebut akan digunakan untuk membantu pesakit buah pinggang, khususnya dari segi kewangan untuk mendapatkan rawatan.

“Selain membantu pesakit, kutipan itu juga digunakan untuk membeli mesin Hemodialisis untuk diageh-agehkan ke hospital-hospital, memandangkan pesakit buah pinggang Hepatitis A dan B tidak boleh berkongsi mesin rawatan yang sama,” kata Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

SUMBANGAN…..Lajim menerima replika cek berjumlah RM30,000.00 daripada wakil Tan Sri Ta Kin Yan bagi pembelian meja sempena majlis makan malam amal Yayasan Buah Pinggang Sabah sambil diperhatikan oleh Ahli Majlis Tertinggi (YBPS).

Jelas beliau, terdapat tiga kaedah digunakan untuk merawat pesakit buah pinggang, iaitu kaedah Hemodialisis, Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) dan pemindahan organ yang memerlukan kos yang mahal.

Sehubungan dengan itu beliau merayu kepada sektor korporat, agensi kerajaan, swasta dan orang perseorangan untuk tampil memberi sumbangan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata YBPS turut mengadakan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan tahap kesedaran anggota masyarakat mengenai penyakit buah pinggang, termasuklah ceramah penjagaan buah pinggang, kempen kesedaran derma organ.

Menurutnya, usaha ini perlu memandangkan kurang 10 peratus anggota masyarakat yang sanggup menderma organ.

7 comments:

  1. Hope that the government will help create awareness to the people to take care of their kidney.

    ReplyDelete
  2. harap usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan penduduk sentiasa dilakukan di samping membantu pesakit yang sedia ada.

    ReplyDelete
  3. sebaiknya rakyat perlu sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

    ReplyDelete
  4. semoga majlis amal tersebut berjaya mendapat kutipan yang disasarkan.

    ReplyDelete
  5. Harapan kita semoga rakyat kita menjaga kesihatan sendiri. Memang susah untuk menjangka sesuatu penyakit dalaman.

    ReplyDelete
  6. Harap jumlah yang disasarkan ini akan menjadi kenyataan untuk membantu kewangan para pesakit buah pinggang ini.

    ReplyDelete
  7. kutipan dana itu patut digunakan sepenuhnya untuk membantu pesakit.. sementara mesin Hemodialisis sepatutnya disediakan oleh kerajaan di semua hospital di Sabah..

    ReplyDelete