Tuesday 24 May 2011

LHDN SERBU PEJABAT KRONI SHAFIE?


Oleh : MOHD YATIM SUHAILI

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Sabah (LHDN) dipercayai telah menyerbu sebuah syarikat pemasaran kenderaan mewah di Inanam milik kroni Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pegawai LHDN merampas banyak dokumen syarikat yang mula beroperasi pada 1999 namun pemilik yang bergelar ‘Datuk’ berkenaan bagaimanapun tidak ditahan untuk soal siasat berhubung pelarian cukai dan pemalsuan akaun untung rugi.

Menurut sumber dalaman LHDN, pihaknya menerima maklumat orang awam dan menjalankan siasatan khusus setelah syarikat berkenaan gagal menyerahkan penyata tahunan sejak 2005 dan memalsukan urusniaga syarikat untuk pelarian cukai.

Bagaimanapun Pengarah LHDN Sabah, Kamaruzzaman Haji Abdul Salleh tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan, namun jurucakap LHDN mengakui serbuan ada dibuat dan merupakan tugas rutin LHDN.

8 comments:

  1. Hope that action will be taken.

    ReplyDelete
  2. jika syarikat ini benar2 mengelak dari dikenakan cukai sekian lama, syarikat ini perlu dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  3. Biasa la banyak jg syarikat yg diserbu oleh LHDN ni kerana cuba untuk mengelak dari membayar cukai...tapi persoalannya benarkah dakwaan penulis bahawa pengusaha merupakan seorang kroni Shafie?

    jgn memfitnah bro...

    ReplyDelete
  4. biarkan saja LHDN menjalankan tugas mereka.

    ReplyDelete
  5. Kereta yang dijual pun memang kereta mewah..Pastikah kereta ini dengan cukai palsu?Apa pun biar LHDN menjalankan tugas mereka memastikan kebenaran.

    ReplyDelete
  6. jika dia tak byr cukai ambil ja tindakan. hal ini pun nak dikaitkan dgn Shafie ke?

    ReplyDelete
  7. kenapa nama pemilik syarikat tersebut tidak didedahkan, sebaliknya nama Shafie pula yang dipertaruhkan?

    ReplyDelete