Wednesday 25 May 2011

LUPAKAN SENGKETA, PASTIKAN KEMENANGAN



PARTI Liberal Demokratik (LDP) akan memastikan apa sahaja perbezaan pendapat dengan parti lain dalam komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah diketepikan untuk memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Liew Vui Keong berkata kadangkala berlaku sedikit perselisihan faham antara ‘keluarga dalam parti komponen BN’ tetapi ia merupakan satu situasi yang tidak dapat dielakkan.

"Tetapi kita boleh selesaikan semua masalah itu secara berunding kerana apa sahaja perbezaan pendapat kita ketepikan untuk memastikan meneruskan kemenangan (BN) dalam pilihan raya umum akan datang," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Sukaneka Program Khidmat Masyarakat Kolej MARA Banting di Pulau Berhala dekat sini Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai persiapan LDP berikutan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lepas bahawa BN akan menghadapi cabaran sengit pada pilihan raya umum akan datang kerana parti pembangkang bertanding secara agresif.

Liew, yang bersetuju dengan kenyataan Muhyiddin, yakin kerjasama antara parti komponen BN penting untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya adalah menjadi matlamat utama LDP untuk bersama-sama dalam perjuangan BN bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya sebelum ini terutama yang diwakili oleh parti itu.

"Bagi saya, pilihan raya umum akan datang memerlukan satu perjuangan lebih kuat untuk menghadapi cabaran sengit daripada parti pembangkang, mungkin lebih kuat daripada terdahulu.

"Kita di BN perlu membuat persediaan mencukupi untuk melawan pembangkang dan mempastikan kita mempertahankan kerajaan BN yang memerintah negara ini sejak sekian lama," kata Liew.(BERNAMA)

12 comments:

  1. It's best to resolve their misunderstandings and try to cooperate for the people's best interests.

    ReplyDelete
  2. We should also stop fanning these issues and hope that the both of them will forgive and forget.

    ReplyDelete
  3. Kebajikan rakyat pun diutamakan juga.

    ReplyDelete
  4. baguslah kalau LDP berfikiran seperti itu. harap-harap mereka dapat bekerjasama dengan baik untuk menghadapi PRU-13 yang akan datang.

    ReplyDelete
  5. semua parti komponen perlu terus bekerjasama untuk mendapat sokongan padu daripada rakyat.

    ReplyDelete
  6. That's the way it should be.

    ReplyDelete
  7. Enough of fighting, its about time to cooperate to win in the next election.

    ReplyDelete
  8. harap2 VK Liew pegang kata2nya ini...jgn la lagi ada pihak2 yg cuba untuk memburuk2kan hubungan diantara sesama kita di barisan nasional.

    ReplyDelete
  9. Itu sudah pasti. Sebaiknya BN perlu bersatu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat sendiri. Itu yang perlu sekarang, lupakan persengketaan yang berlaku itu.

    ReplyDelete
  10. Kalau LDP dan parti kompenan yang lain berfikiran beginikan bagus. Senang juga hati rakyat. Pasti akan dapat sokongan dari rakyat, dan bersama menangani masalah rakyat.

    ReplyDelete
  11. bgslah, bekerjasama lebih baik, ia akan mengukuhlan parti, segala persengketaan perlu dilupakan.

    ReplyDelete
  12. inilah contoh semangat yang diperlukan dengan mengambil kira kepentingan semua komponen parti.. saya harap selepas ini LDP akan lebih bersikap matang dan profesional dalam menghadapi kemelut dalaman parti.

    ReplyDelete