Monday 23 May 2011

MIC PARTI HARAM DI SABAH?



Oleh: HAFIZ JAMAIL

SELEPAS UMNO, satu lagi komponen BN, MIC membongkar ‘tong tahi’ sendiri apabila Presiden MIC, Datuk G. Palanivel mengakui hampir 40 peratus daripada 700,000 ahli MIC belum berdaftar sebagai pengundi.

Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan, mendedahkan sebahagian besar ahli MIC di Sabah adalah ‘Ahli Hantu’ atau tidak wujud kerana jumlah penduduk India di Sabah boleh dikira dengan jari dan hairan kenapa MIC boleh ditubuhkan di Sabah.

“Warga India daripada India yang mendapat IC Projek daripada BN majoritinya adalah ahli UMNO dan MIC terpaksa menggunakan pendekatan mencipta ahli hantu bagi membolehkan mereka menubuhkan cawangan dan bahagian di Sabah,” ujar Zainuddin yang mendesak agar Pendaftar Pertubuhan Malaysia menyiasat kesahihan keahlian MIC di Sabah kerana sebelum ini UMNO telah menggunakan modus operandi yang serupa.

Ketika menghubungi Sabahkini.net melalui email sebentar tadi, Zainuddin menegaskan bahawa menurut Banci Penduduk 2010, bilangan penduduk India di Sabah hanya 12,004 orang sahaja dan daripada jumlah tersebut hanya 6,886 sahaja yang layak menjadi ahli dan mengundi kerana bakinya, 5,118 adalah di bawah umur.

(Sila klik imej untuk lebih jelas)

“Jika hanya 6,886 boleh menubuhkan satu Badan Perhubungan Negeri, maka berapakah jumlah ahli yang ada di bahagian dan cawangan-cawangan? Jumlah tersebut termasuk yang menyertai KIMMA, berkecuali dan telah meninggal dunia,” kata Zainuddin yang mendakwa MIC adalah ‘Parti Haram’ di Sabah.

Kata Zainuddin, apakah peranan MIC di Sabah selain daripada menjadi penyibuk politik dan mengambil kesempatan sedangkan di seluruh Negara hanya 321,000 sahaja ahli MIC yang telah mendaftar mengundi?

“Apakah status V.Jothi di Sabah jika MIC sebenarnya tidak layak untuk menubuhkan sebuah bahagianpun jika tidak menggunakan ‘Ahli Hantu’?” tanya Zainuddin yang mendesak Pengerusi Barisan Nasional Sabah mengkaji semula kedudukan MIC sebagai Komponen BN Sabah dan agehan jawatan politik, termasuk Ahli Majlis Daerah.

Katanya lagi, pihaknya mempunyai maklumat yang cukup bahawa MIC Silam dianggotai oleh ahli yang tidak wujud kerana jumlah ahli sebenar MIC di Silam tidak sampai 100 orang.

Selain daripada masalah di atas kata Zainuddin, beliau turut membidas Kementerian Pelajaran dan pihak berkuasa tempatan kerana gagal mengambil tindakan untuk menutup Kolej Tiram di Lahad Datu yang dimiliki Pengerusi MIC Silam, Nagaraju Appalasamy, walaupun Kementerian Pelajaran mengesahkan kolej berkenaan adalah Haram!

“Apakah kerana Nagaraju Pengerusi MIC Silam, maka beliau bebas melakukan apa sahaja termasuk melakukan penipuan dan jenayah?,” tanya Zainuddin yang jengkel dengan sikap Kerajaan BN Sabah.

2 comments:

  1. Isu ini perlu dibendung sebelum memberikan masalah yang besar kepada penduduk peribumi sabah. Penduduk Sabah sendiri masih ramai yang tidak mempunyai kada pengenalan tiba-tiba penduduk luar dengan mudah boleh mendapatkannya.

    Ini merupakan satu bala bencana bagi penduduk tempatan.

    ReplyDelete
  2. Minta saja MIC balik semananjung dan tutup 'kedai' di Sabah.Minta semua rakyat India di Sabah balik ke tempat asal mereka dan jangan buat kacau di Sabah.
    Lihat saja di kota Kinabalu rakyat India semakin banyak entah datang nya dari mana dan mereka ini akan membawa masalah social pada masa depan apabila anak mereka dewasa.Kalau tidak silap kebanyakan samseng di KL adalah dari golongan rakyat India.Teruk betul lah Sabah di bawah BN.Semua rakyat asing jadi rakyat tempatan Sabah.Lain kali jangan terlampau tengok PATI dari Philippine dan Indo saja dan lupa kat orang India dan Pakistan.

    ReplyDelete