Friday 6 May 2011

NAJIB LAWAT TANAH NCR TENOM PADA 11 JUN?



Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijadual akan melakukan lawatan rasmi meninjau tanah NCR di Tenom yang masih terperangkap di dalam Hutan Simpan ekoran keputusan mahkamah yang memihak kepada Anak Negeri Sabah yang didakwa menceroboh Hutan Simpan baru-baru ini.

Mengikut maklumat tidak rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri, Najib yang begitu prihatin dengan masalah Anak Negeri Sabah benar-benar ingin melihat sendiri kehidupan rakyat Sabah yang teraniaya sebelum ini sehinggalah Kerajaan Barisan Nasional Sabah pimpinan Musa Aman bersetuju mengeluarkan sebahagian besar hutan simpan yang berstatus tanah adat (NCR) setelah kes Imahit yang menjadi mercutanda kehakiman tanah NCR.

Bagaimanapun maklumat sahih dan butir lawatan khas tersebut belum diperolehi. Manakala Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Raime Unggi tidak dapat dihubungi untuk mendapat pengesahan kerana dipercayai beliau berada di Jakarta untuk urusan rasmi.

Kunjungan rasmi Najib ke Tenom pada 11 Jun kelak akan menjadi ‘Saham Terbesar’ untuk menjamin kemenangan BN dalam pilihanraya yang dijadualkan pada 11 November 2011; sinonim dengan Angka 11 kegemaran Najib.

Isu NCR telah merantai Sabah sejak tiga dekad lalu dan gagal diselesaikan dengan sempurna oleh Ketua Menteri terdahulu, namun dengan pengeluaran Geran Communal kepada penduduk kampung di era Musa Aman, telah menarik minat Najib untuk mencari formula terbaik bagi menyelesaikan isu tanah adat di seluruh Malaysia kerana berjaya disempurnakan kerajaan negeri Sabah secara saksama.

No comments:

Post a Comment