Friday, 27 May 2011

‘PENGKHIANAT’ JADI PENGERUSI PERBADANAN LABUAN?




Oleh: MUTALIB M.D

“APA asas Menteri Wilayah Persekutuan melantik seorang ‘pengkhianat' sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan sedangkan seluruh rakyat Labuan tahu siapa dan apa yang beliau buat,” ujar seorang Subkontraktor, Hazreeq Putra Bin Hasman.

Hazreeq mengulas ura-ura Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Raja Nong Chik Bin Datuk Raja Zainal Abidin melantik Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan yang baru menggantikan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Phesal Talib.

Menurut Hazreeq, beliau melabelkan Yusof Mahal sebagai ‘Pengkhianat’ kerana secara sedar telah menggagalkan beberapa projek penting untuk rakyat, termasuk Pembinaan Pasar Baru Labuan yang diperolehi oleh syarikat peribadi Yusof, Labindo Engineering Sdn.Bhd dan disubkontrak kepada beliau melalui Nautika Innovasi Sdn.Bhd sebelum ditamatkan tanpa sebarang notis.

“Yusof Mahal seorang yang rendah akhlak, tidak jujur dan mempunyai pelbagai skandal, tidak wajar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan dan saya mempunyai hak beneficiary untuk menghalang perlantikan beliau dan menuntut kembali sejumlah lebih RM2 juta daripada beliau kerana dikhuatiri akan berlaku percanggahan kepentingan,” ujar Hazreeq yang telah memperoleh penghakiman mahkamah berhubung tuntutannya dan kini menanti jumlah bayaran gantirugi diputuskan oleh hakim.

Menurut Hazreeq, berdasarkan amalan biasa, mahkamah boleh meluluskan award minima 10 peratus atau maksima 20 peratus daripada nilai kontrak; iaitu beliau berhak untuk memperolehi antara RM2 juta hingga RM4 juta bersandarkan nilai kontrak yang ditawarkan kepadanya sejumlah RM20.59 juta berbanding nilai tender RM24 juta.

Sebelum ini Hazreeq telah membuat beberapa laporan polis terhadap Yusof Mahal termasuk Labuan/004295/08; LABUAN/004831/08 dan LABUAN/004833/08 namun tidak ada satupun yang disiasat sedangkan Yusof melakukan kegiatan jenayah penipuan dan mencuri harta benda Nautika Innovasi Sdn.Bhd.

Keadaan tersebut memaksa Hazreeq memfailkan saman tuntutan ganti rugi dan telah diluluskan mahkamah setelah tuntutannya tidak dicabar di mahkamah.

Sehubungan itu, Hazreeq turut meminta Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Malaysia, Datuk Abu Kassim Mohamed agar menjelaskan kenapa fail siasatan Yusof Mahal ditutup begitu sahaja; sekalipun beliau telah mengemukakan banyak bukti berhubung amalan rasuah dan penglibatan Yusof dalam kontrak Perbadanan Labuan kerana dalam masa yang sama, Yusof Mahal adalah Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan.

“Saya dimaklumkan bahawa kes rasuah Yusof Mahal telah lama siap tetapi SPRM dan Peguam Negara enggan mengambil tindakan kerana bimbang BN akan kehilangan kerusi berkenaan jika diadakan pilihanraya kecil ketika itu,” ujar Hazreeq yang menekankan tindakan Yusof menjatuhkan imej BN di Labuan dan merosakkan nama baik UMNO.

Menurut Hazreeq, beliau akan berusaha mendapatkan perintah menyita harta Yusof sekiranya gagal mendapatkan bayaran dan mungkin memfailkan perintah muflis terhadap Yusof jika tidak ada harta yang didaftarkan atas nama Yusof.

Hazreeq juga kesal kerana Yusof telah menghina mahkamah kerana dalam afidavitnya, Yusof menyatakan bahawa beliau tidak pernah melantik Nautika Innovasi Sdn.Bhd sebagai Sub-kontraktornya.

“Saya bukan sahaja meminta award yang bakal ditetapkan mahkamah, malah turut menggesa agar Yusof didakwa kerana menghina mahkamah,” tegas Hazreeq lagi yang menyebut Hakim akan membuat keputusan pada 9 Ogos 2011.

12 comments:

  1. Hope that this guy will be replaced.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana seseorang yang mempunyai rekod yang buruk boleh memegang jawatan tersebut

    ReplyDelete
  3. I wonder too Smookiekins...

    ReplyDelete
  4. sebaiknya jika penjelasan diberikan berhubung pekara ini.

    ReplyDelete
  5. He should be replaced for having a bad track record.

    ReplyDelete
  6. perlantikan beliau harus dipertimbangkan semula.

    ReplyDelete
  7. ada sebab tersendiri mengapa ia dilantik menjdi pengerusi perbadanan Labuan.

    ReplyDelete
  8. Benarkah dengan dakwaan semua ini. Beliau yang mempunyai latar belakang yng kurang menyenangkan dapat menjadi pengerusi perbadanan labuan.

    ReplyDelete
  9. Find a more suitable person to take over his position.

    ReplyDelete
  10. ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed juga patut ditukar kerana beliau lebih banyak mencemarkan imej SPRM dan kerajaan Malaysia berbanding dengan menyumbang sesuai dengan tanggungjawab beliau dalam SPRM..

    ReplyDelete
  11. semua pun salah lar...mamat nie Hazreq Putra nie pun kaki kencing...tipu supply minyak lebih RM300K guna nama ABJJ Holding Sdn Bhd...lepas tu bt report polis kata company digunakan org lain...tapi duit masuk akaun mana?sapa yang sign cek?

    ReplyDelete
  12. Prestasi Kewangan negeri Sabah Kekal Cemerlang

    Ketua Audit Negara telah mengiktiraf negeri Sabah sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai rekod terbaik dalam pengurusan kewangan. Dengan kecemerlangan ini, bagi tahun 2011, negeri Sabah sekali lagi telah dianugerahkan “Sijil Tanpa Teguran” (Clean Bill) yang menjadikan penganugerahan ini mencatatkan rekod selama 12 tahun berturut-turut.

    Dengan mengambilkira kekayaan Sabah serta kedudukan fiskal negeri yang mantap serta kapasiti untuk melaras kutipan hasil negeri, RAM Rating Services Berhad sekali lagi telah memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut. Manakala, untuk pengurusan dan proses bajet negeri yang teratur dan mematuhi peraturan, Moody International pada tahun 2012 ini telah sekali lagi memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut.

    ReplyDelete