Wednesday 25 May 2011

PENSIANGAN TETAP MILIK PBRS



PERTAHAN….PBRS Nabawan bersama ketuanya, Paul Yambak, Ketua Pemuda, Busiau Ampirak dan ahli lain yang mempertahankan Pensiangan.

Oleh: ROZIE JUMAT

PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian N.38 Nabawan, mendakwa parti itu masih releven di kawasan Parlimen Pensiangan dan telah membawa banyak kemajuan serta pembangunan kepada rakyat.

Ketua Bahagian, Paul Yambak berkata, dengan kerja keras parti itu di kawasan itu banyak perubahan berlaku dan parti itu juga mempunyai Pelan Tindakan Pembangunan yang menjurus kepada usaha berterusan pembangunan di kawasan tersebut.

Sehubungan dengan itu kata Paul, parti itu tetap akan mempertahankan kawasan Pensiangan pada masa akan datang.

“PBRS tetap akan mempertahankan kawasan ini dan kami juga menyokong kenyataan Presiden ,” kata Paul yang ditemui di sini. Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sempena perasmian mesyuarat perwakilan Umno P 182 Pensiangan.

Sementara itu, Simpil Andingos, Timbalan Ketua Penerangan PBRS berkata, PBRS selama ini tidak pernah melatah meskipun hanya diberi dua kuota kerusi DUN dan Parlimen.

“Kita meminta kepada rakan-rakan komponen kita untuk menghormati kuota yang ada dan berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan,” ujar Simpil.

Kata Simpil, mungkin sesetengah pemimpin Umno mahu memancing undi untuk mempertahankan kedudukan mereka, tetapi mereka haruslah sensitif dengan kenyataan yang mereka keluarkan.

13 comments:

  1. Then PBRS should work hard for the people in Pensiangan so that they could keep the area under their party.

    ReplyDelete
  2. Don't let down your supporters.

    ReplyDelete
  3. sokongan rakyat terhadap PBRS akan tetap kuat jika parti ini terus mengusahakan pembangunan di kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  4. All politicians should think carefully before they open their mouth.

    ReplyDelete
  5. UMNO & PBRS jgn la gadoh2...satu pasukan juga pon...nnt apa la pandangan pengundi nanti kalo diorang tgk kawan baik pon bergaduh....kan sama2 rugi nnt...

    ReplyDelete
  6. mana2 pihak harus terus berusaha tawan hati rakyat dan bukannya berpuas hati dengan apa yang dimiliki.

    ReplyDelete
  7. Apapun tunggu dan lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  8. teruskan berusaha untuk membawa pembangunan ke kewasan tersebut jika mahukan sokongan rakyat kekal mantap.

    ReplyDelete
  9. Kalau begitu buktikan kepada penduduk pensiangan bahawa PBRS pasti dapat melakukan yang terbaik untuk mereka. Jangan cakap tapi tidak ada perkembangan.

    ReplyDelete
  10. Pasti boleh punya jika PBRS bersatu dan bersama-sama menangani masalah dikawasan pensiangan tersebut.

    ReplyDelete
  11. Rasanya PBRS lebih sesuai berada di Persiangan, apapun PBRS harus tunjukkan bahawa mereka boleh menjaga kebajikan penduduk Persiangan.

    ReplyDelete
  12. yang penting jangan terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang suka memecah-belahkan parti dengan menimbulkan pelbagai isu yang bertujuan untuk melaga2kan parti.

    ReplyDelete