Friday 27 May 2011

PERLUKAH SABAHKINI.NET SARING KOMEN?


Oleh: MUTALIB M.D

SEJAK Sabahkini.net membuka ruangan komen, pelbagai isu timbul ekoran komen yang dimuatkan secara terus disifatkan sebagai menghasut, mencarut, menghina, meremehkan; malah mengkritik Sabahkini.net, Editor dan Admin yang membiarkan perkara ini berlaku.

Namun persoalan yang harus dijawab oleh para pembaca dan mereka yang dengan ikhlas hati menurunkan komen di portal ini ialah, perlukah Sabahkini.net menyaring setiap komen sebelum disiarkan atau menghapuskan mana-mana komen yang keterlampauan dan menyinggung perasaan?

Sabahkini.net yang berpegang kepada prinsip kebebasan dan hak asasi manusia sebagaimana dijamin Perlembagaan Persekutuan; diteguhkan oleh Perkara 7 dalam Bill of Guarantees (BoG) yang memutuskan tidak ada saringan terhadap internet; mengambil ketetapan tidak akan menyaring setiap komen atau memadam komen melainkan setelah mendapat injunksi mahkamah.

Namun ibarat kata pepatah, jika terlalu bebas akan terbabas, maka editorial mengingatkan agar berbahas secara terbuka, tanpa sakit hati dan menggunakan kebijaksanaan untuk mematahkan hujah komentator lain yang dianggap mencabul kebebasan yang diberikan.

Sabahkini.net mempunyai visi untuk mewujudkan masyarakat yang matang internet dan serba serbi termasuk bersifat terbuka menerima komen sekalipun mengutuk dan menghina; semata-mata kerana menghormati hak asasi manusia dan menjadi medan perbahasan bestari di alam maya.

Sebagai warganegara dunia siber yang bertanggung jawab, Sabahkini.net mengalu-alukan kritikan atau pandangan luhur para pembaca untuk menaiktaraf portal ini agar dapat bersaing dengan portal lain di dunia; sekalipun menggunakan pengantar dwi bahasa.

Biarlah hukum karma dan mahkamah menjatuhi hukuman kepada mereka yang terlanjur cara dan terkasar bahasa kerana Sabahkini.net adalah dunia baru anda yang bebas, sebebas-bebasnya!

10 comments:

  1. I think some of them that uses bad words and likes to insulting to others should be moderated. Its not wrong for readers to speak their minds, but try not to use offensive words.

    ReplyDelete
  2. Tidak perlu lah....kan ini adalah komen yang dibuat oleh umum disamping kita dapat bertukar2 pendapat.

    ReplyDelete
  3. THey just voicing out what they unsatisfied about. BUt then again, its wrong to use offensive words. Freedom of speech also has a limit to it.

    ReplyDelete
  4. People, don't misuse ur freedom of speech.

    ReplyDelete
  5. Sabahkini should make it clearer so that the readers will be careful when writing their comments.

    ReplyDelete
  6. terserah kepada Sabahkini untuk melakukan apa yang dirasakan patut.

    ReplyDelete
  7. mereka yang memberi komen sepatutnya mengemukakan pendapat mereka dengan cara yang baik walaupun tidak menyokong sesuatu isu. kebebasan sepatutnya tidak digunakan sewenang-wenangnya.

    ReplyDelete
  8. tak perlu lah nak disaring komen2 tu, tapi kepada semua pembaca, jagalah bahasa semasa memberi komen.

    ReplyDelete
  9. terpulang kepada sabahkini.net untuk menyaringkan komen yang diberikan.

    ReplyDelete
  10. sudah menjadi kebiasaan bila ada pihak yang bertentangan idea atau pendapat pasti berlaku pertelingkahan yang mungkin boleh menjurus kepada penghasilan komen atau debat yang disifatkan tidak matang.. tetapi jika ianya keterlaluan, Sabahkini tidak perlu ragu2 membuat saringan.

    ReplyDelete