Friday 27 May 2011

RALAT KAUM MURUT TOLAK GERAN KOMUNAL



Oleh: NASUTION NAEJEL

MERUJUK kepada artikel yang tersiar di portal Sabahkini.net bertajuk ‘Kaum Murut Tolak Geran Komunal’ terdapat sedikit kesilapan dalam maksud dan pengertian tulisan tersebut.

Justeru, penulis memohon maaf dan membuat pembetulan seperti berikut:-

Sesungguhnya artikel itu (Kaum Murut tolak geran komunal) tidak ada kena mengena dengan Memorandum Tuntutan Tanah Adat atau NCR yang diserahkan kepada Pesuruhjaya Suhakam, Jannie Lasimbang beberapa hari yang lalu oleh Ketua Bahagian PBS Kemabong Sabini Ansumor sepertimana yang dilaporkan.

Lagi pun, tuntutan tanah adat/NCR yang diserahkan kepada Suhakam itu tidak bermaksud ‘membantah’ tetapi menyerahkan kepada pihak berwajib khususnya Suhakam untuk menyiasat hak penuntut dari segi hak asasi kemanusiaan berhubung tanah adat.

Apa yang sebenarnya berlaku, bahawa artikel tersebut adalah luahan perasaan kekecewaan dua ahli penuntut tanah adat/NCR iaitu Gambar Usar dan Ansapi yang tidak bersetuju hasrat kerajaan untuk memberikan geran komunal kepada penuntut bekas tanah adat/NCR tersebut.

Kedua-duanya turut mendakwa bahawa mereka telah mendapat isyarat daripada rakan rakan mereka juga akan menolak pemberian geran komunal oleh kerajaan jika tanah adat/NCR telah dikeluarkan daripada kawasan Hutan Simpan dan diberi kepada penduduk yang berhak menerimanya.

Oleh yang demikian, isu tersebut tiada kaitan dengan Memorandum Tuntutan Tanah Adat/NCR yang diserahkan Sabini Ansumor kepada Suhakam sebelum ini.

Sebarang kesulitan yang timbul daripada penyiaran artikel ini amat dikesali.

10 comments:

  1. Wah mcm mana boleh dalam satu persatuan ada lain2 pendapat ni...baik bincang baik2 untuk mengelakkan sebarang salah faham okay:)

    ReplyDelete
  2. The muruts should make their own decisions about this so that they would have no regrets.

    ReplyDelete
  3. Harap2 isu ini diselesai dengan baik.

    ReplyDelete
  4. Isu ini harus dibincangkan dengan teliti dan diperjelaskan dengan tepat. Keadaan akan bertambah teruk jika tidak ada sebarang penjelasan tentang kesulitan ini.

    ReplyDelete
  5. Mungkin saja mereka tidak memahami apakah kebaikkan geran komunal ini. Perlu ada yang memberi penjelasan kepada mreka.

    ReplyDelete
  6. apa pun, harap pekara ini akan mendapat penyelsaian terbaik.

    ReplyDelete
  7. kaum Murut harus diperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai geran komunal ini.

    ReplyDelete
  8. rupanya hnya sebahagian sahaja yang menolak geran tesebut. mereka perlu diberi pemahaman mengenai kebaikan geran komunal.

    ReplyDelete
  9. Cadangan geran komunal ini sangat baik kepada penduduk itu sendiri. Harap perbincangan dilakukan oleh penduduk dengan pihak pengurusan mengenai geran yang perlu diberikan ini.

    ReplyDelete
  10. samada membantah atau sekadar menyiasat hak penuntut, yang penting pemberian tanah itu adalah lebih baik dari tidak ada langsung... suhakam perlu mengkaji mana2 bahagian sistem ini yang perlu diperbaiki atau dikemaskini sesuai dengan tuntutan penduduk, kemudian mencadangkannya kepada pihak kerajaan untuk tindakan selanjutnya.

    ReplyDelete